Takaful dan insuran merupakan pelindungan kewangan kepada anda dan keluarga jika menghidap penyakit kritikal atau mengalami kemalangan atau kerugian.
Dalam kata dasar yang lain, insuran juga merupakan bentuk pengurusan risiko terutamanya digunakan bagi jaminan terhadap risiko kemungkinan kerugian kewangan.
Namun dalam situasi kini, ada diantara mereka yang tidak mampu untuk terus membayar inssuran akibat kehilangan pekerjaan akibat covid atau sebagaunya. Berikut kami kongsikan cara-cara untuk membuat pembatalan insuran.
Baca juga:
- Tuntutan Insurans Bencana Alam Kerosakan Rumah LPPSA
- MyEG : Daftar & Renew Lesen Memandu / Roadtax / Insurans Kereta Anda
Perkara Penting:
Sebelum anda membuat pembatalan polisi inusrans, anda ketahui perkara penting sekiranya anda membatalkan polisi insurans anda. Antaranya ialah:
- Bertanya tentang pakej tangguhan bayaran buat sementara kepada syarikat atau ejen insurans terlebih dahulu seperti moratorium.
- Semak nilai tunai yang telah terkumpul, jika telah matang atau mencukupi. Anda boleh gunakannya untuk bayaran penuh.
- Jangan batal polisi sedia ada untuk dapatkan polisi baru apabila tidak memiliki alasan yang munasabah.
- Sekiranya polisi perlindungan tak mencukupi, cubalah dapatkan perlindungan tambahan.
- Untuk 5 sehingga 6tahun pertama, sebahagian daripada premium anda sebenarnya diberikan sebagai komisyen kepada ejen. (Jika dalam tempoh tersebut dibatalkan, anda hanya akan menerima pulangan cash value yang kecil. Tambahan pula untuk mendapatkan polisi baru, premium yang kena dijelaskan lebih tinggi karena faktor usia.)
- Selepas tahun kedua, cash value meningkat. Cash value anda akan kosong kembali apabila anda membatalkan polisi yang telah lebih dua tahun dan mendaftar polisi baru.
- Selepas menerima dokumen pembatalan polisi, anda akan diberikan masa sehingga 15 hari untuk menarik semua permohonan. Jika anda membuat pembatalan dalam tempoh ini, premium akan dikembalikan.
Cara Pembatalan Polisi Insuran / Takaful:
Selepas anda faham tentang perkara diatas, maka buatlah pertimbangan yang sewajarnya dan dapatkan nasihat dari yang lebih pakar tentang perkara ini. Jika anda tetap ingin meneruskan pembatalan, berikut adalah cara-caranya:
- Sila pergi ke kaunter khidmat pelanggan syarikat insurans anda untuk bertanya tentang proses pembatalan dan prosedur.
- Sediakan surat pembatalan insurans dengan maklumat peribadi yang berkenaan atau emel ke syarikat atau agen insurans anda. Sesetengah syarikat tidak memerlukan surat sebaliknya hanya emel atau borang pembatalan sahaja. Jadi sama ada memerlukan surat atau tidak, perlu dapatkan keterangan dari syarikat atau ejen.
- Poskan surat menerusi kiriman berdaftar.
- Periksa untuk pastikan syarikat dalam proses membatalkan polisi anda. Bila perlu mintalah status dan tarikh anggaran proses disiapkan.
- Pastikan anda menerima surat pengesahan mengenai pembatalan polisi dari pihak syarikat.
- Dapatkan pengesahan dari bank yang insurans anda telahpun dibatalkan apabila pembayaran dilakukan melalui potongan kad kredit atau akaun simpanan.
Lampiran Contoh:
CONTOH SURAT PERMOHONAN UNTUK MEMBATALKAN POLISI INSURANS – WORD
CONTOH SURAT PERMOHONAN UNTUK MEMBATALKAN POLISI INSURANS – PDF
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak syarikat insurans/ pengendali takaful anda atau hubungi talian Bank Negara Malaysia,Laman Informasi Nasihat dan Khidmat di 1-300-88-5465.