Sumbangan Tunai Rahmah : Semak Tarikh Dan Jumlah Bayaran STR Fasa 3

STR merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Kerajaan juga akan menyediakan bantuan tambahan STR sebanyak RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih.

Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagihkan pada 17 Januari dan 5 April 2023.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai pembayaran STR Fasa 3.

PENERIMA STR FASA 3


LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak balas dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini bermakna, permohonan baharu dan kemas kini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, pembayaran akan dibuat dalam Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.

STR FASA 3 TARIKH PEMBAYARAN


Tarikh pembayaran Caruman Tunai Rahmah untuk Fasa 3 adalah pada Julai 2023.

JUMLAH PEMBAYARAN STR FASA 3


Berikut ialah jumlah pembayaran untuk STR Fasa 3:

SEMAKAN STATUS STR


Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai 5 April 2023.
Layari portal rasmi https://bantuantunnai.hasil.gov.my
Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.

KATEGORI KELAYAKAN STR


Kategori yang layak mendapat STR setakat ini ialah isi rumah, warga emas tanpa pasangan dan bujang.

Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh itu, sekiranya anda sebelum ini bukan penerima dan ingin membuat permohonan baharu, diharapkan permohonan baharu akan dibuka pada masa hadapan.


5 thoughts on “Sumbangan Tunai Rahmah : Semak Tarikh Dan Jumlah Bayaran STR Fasa 3”

  1. Banyak menipu punya…. Semua tak betul….bantuan 350 hnyak untuk negeri tertentu saja…. Semua berharap tapi tertipu… Xayah nk menipu blh dak???

    Reply

Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3