Mohon Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022


Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS) adalah merupakan skim kebajikan yang diberikan kepada anggota KT untuk meringankan perbelanjaan bagi persiapan pembelajaran anak-anak yang akan memasuki sesi baru persekolahan.

Mohon Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022 1

Tarikh Permohonan


Tarikh permohonan dibuka pada 1 Ogos 2022 sehingga 5 September 2022.

Syarat Kelayakan


  • Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
  • Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
  • Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.
  • Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
  • Gaji pokok/pencen bawah RM5,000.
  • Minimum 3 orang anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja.

Cara Mohon


  1. Anggota yang layak boleh memuat turun borang di pautan Borang SBBS 2022 atau boleh didapati di kaunter-kaunter Ibu pejabat, Cawangan yang berhampiran.
  2. Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui Cawangan KT yang berhampiran atau terus ke ibu pejabat KT yang
    beralamat di:

Koperasi Tentera
Wisma Koperasi Tentera
No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)

Nota tambahan:

  • Pastikan borang yang diisi adalah borang yang terkini (SBBS 2021).
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms atau surat.
  • Sekiranya bayaran melalui cek “pihak KT berhak menggunakan cek yang tidak ditunaikan bagi apa-apa kegunaan
    menurut polisi KT dari semasa ke semasa”.
  • Borang yang difotostat/emel/faks boleh diterima.

Dokumen Sokongan


PEMOHON (ANGGOTA KT)

  • Salinan MyTentera (Anggota ATM)
  • Salinan MyKad (Awam/Pesara)
  • Salinan Penyata Gaji Terkini (Awam/Anggota ATM)
  • Salinan Penyata Pencen/Bank Terkini (Pesara)/Surat Pengesahan Pendapatan bagi Bekerja Sendiri
  • Salinan Surat Pengesahan Akaun Bank Anggota

ANAK (PELAJAR SEKOLAH RENDAH/MENENGAH SAHAJA)

  • Salinan MyKad/MyKid/Surat Beranak (Mengikut bilangan anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja)
  • Dokumen Tambahan Seperti PERBAH II/Surat Perakuan atau lain-lain dokumen yang berkaitan bagi mengesahkan status anak angkat/anak tiri.

Baca juga: Cuti sekolah 2022 & Takwim Penggal Persekolahan

Maklumat Lanjut


Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi pihak Koperasi Tentera di talian 1-300-8000-58 atau kunjungi cawangan KT berhampiran.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3