Sultan Kelantan , Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan hari ini.
Pengisytiharan itu telah diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan , Datuk Ahmad Yakob yang mana ianya telah berkuat kuasa hari ini.
Datuk Ahmad Yakob ketika membacakan teks itu menjelaskan bahawa pengisytiharan dilakukan menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
Malah Sultan dan Yang dipertuan bagi negeri Kelantan juga sudah mengadakan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan.
BACA: Noor Nabila Padam Semua Gambar Suami Dan Ini Pula Yang Ditemui Di IG Engku Emran
Berkuat Kuasa Hari Ini
Sultan Kelantan juga mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan ke hadapan isteri baginda dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Baginda juga mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan kepada Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan dengan gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson Petra, iaitu isteri kepada Tengku Mahkota Kelantan.
Semua kurniaan pangkat itu berkuat kuasa hari ini.
Sumber : Harian metro
Related Posts
- Digelar Dewi Remaja Paling Buruk oleh Netizen, ini nasihat Shaza Bae -“Boost your energy, creativiti dan ketepikan semua kata-kata negatif tersebut. Paling penting be better dan terbaik dari sebelumnya”
- Ustaz Kazim Berkongsi Keadaan Kesihatan Beliau
- “Bebaskan Aku” Yasin Cipta Lagu Di Penjara
- Mira Filzah Timang Anak Lelaki
- Individu Kecam Aliff Syukri Dah Padam Hantaran Di Instagram