Home » Bantuan » Cara Mohon Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA RM180 Sebulan

Cara Mohon Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA RM180 Sebulan

Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA 2021

Anda punyai anak yang sedang diasuh di TASKA? Ini berita baik untuk anda kerana, Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA maksimum RM180 sebulan untuk seorang kanak-kanak.

Subsidi ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah, menyediakan peluang kepada kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan awal yang lebih baik di TASKA & seterusnya secara tidak langsung menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti, sihat dan seimbang.

Portal Malaysia ingin berkongsi maklumat dan tatacara permohonan di bawah:-

NAMA PROGRAM

Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

KADAR SUBSIDI YURAN PENGASUHAN

  • Kadar maksimum subsidi yuran pengasuhan adalah sebanyak RM180.00 sebulan bagi seorang kanak-kanak.
  • Jika yuran pengasuhan kanak-kanak lebih rendah daripada kadar subsidi, maka subsidi ini diberi mengikut kadar yuran sebenar.
  • Jika yuran pengasuhan kanak-kanak lebih tinggi daripada kadar subsidi, maka lebihan perbezaan yuran tersebut adalah di bawah tanggungan ibu bapa/penjaga kanak-kanak yang berkenaan.

Baca juga: Cara Mohon Rumah Pertama, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Bil.KategoriKriteria
1Kanak – kanak
  1. Berumur di bawah 4  tahun;
  2. Kanak-kanak genap empat (4) tahun, subsidi yuran pangasuhan TASKA boleh diteruskan sehingga 31 Disember tahun kalendar; dan
  3. Mendapat asuhan & didikan awal secara bulanan di TASKA yang berdaftar dengan JKM, kecuali TASKA Komuniti.
2Ibu Bapa / Penjaga
  1. Ibu/bapa/penjaga adalah warganegara Malaysia;
  2. Pendapatan perkapita ibu bapa/ penjaga adalah RM 800.00 sebulan bagi kawasan bandar;
  3. Pendapatan perkapita ibu bapa/ penjaga adalah RM 500.00 sebulan bagi kawasan luar bandar(Sila rujuk perincian pengiraan untuk pendapatan perkapita seperti di Lampiran A.);
3TASKA / Penjaga
  1. Pengusaha adalah warganegara Malaysia;
  2. TASKA berdaftar dengan JKM;
  3. Mempunyai bank akaun yang aktif atas nama TASKA; dan
  4. Pengusaha TASKA yang memohon Subsidi Yuran Pengasuhan hendaklah mengemaskini maklumat kanak-kanak di dalam Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (National Child Data Centre) bagi tujuan semakan dan pemantuan pihak JKM.

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak TASKA seperti berikut:-

IBU BAPA/ PENJAGA

Borang YP1 (Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA) yang lengkap berserta dokumen dibawah:

  • Salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga;
  • Salinan MyKid/ sijil lahir kanak-kanak/ sijil anak angkat/ pelihara;
  • Salinan resit yuran bulanan TASKA;
  • Salinan kad OKU bagi kanak-kanak OKU;
  • Salinan sijil kematian/ sijil cerai bagi ibu bapa/ penjaga (jika berkenaan);
  • Salinan penyata pendapatan ibu bapa/penjaga. Sekiranya tiada penyata pendapatan, kemukakan surat pengesahan pendapatan dari majikan atau pengesahan pendapatan oleh Ketua Kampung/ Penghulu/ JKKK/ kakitangan awam kumpulan Pengurusan dan Profesional; dan
  • Salinan sijil lahir/ kad pengenalan bagi ahli keluarga yang ditanggung.

Nota: Borang YP1 bersama dokumen di atas hendaklah dihantar kepada pengusaha TASKA.

PENGUSAHA TASKA

Borang YP1 yang diisi lengkap dan Borang YP2 (Borang Senarai Semak Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA) berserta dengan dokumen seperti dibawah:

  • Salinan kad pengenalan pengusaha;
  • Salinan sijil Perakuan Pendaftaran TASKA;
  • Salinan penyata akaun bank atas nama TASKA yang disahkan;
  • Surat akuan/ pengesahan pengusaha sekiranya TASKA menggunakan akaun pertubuhan atau perkongsian; dan
  • Semua salinan dokumen yang dikemukakan oleh ibu bapa/ penjaga kanak-kanak.

Nota: Semua dokumen di atas hendaklah dihantar kepada Pegawai Diberi Kuasa Daerah/ Jajahan/ Bahagian berkenaan

CARA PERMOHONAN

  1. Sila lengkapkan Borang YP1 (Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA) dari Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran.
  2. Isi Borang YP1 dikemukakan kepada pengusaha TASKA yang berdaftar dengan JKM berserta dengan dokumen sokongan.
  3. isi Borang YP1 & Borang YP2 (Borang Senarai Semak Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA) dikemukakan oleh pengusaha TASKA kepada Pegawai Diberi Kuasa Daerah/ Jajahan/ Bahagian yang berkenaan untuk disemak dan disahkan.
  4. Permohonan terus daripada pengusaha TASKA/ibu bapa/penjaga kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri tanpa melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan berhampiran adalah tidak akan dipertimbangkan.

MAKLUMAN

KELULUSAN

  • Selepas permohonan diluluskan, pengusaha TASKA/ ibu bapa/ penjaga akan dimaklumkan keputusan dan pembayaran wang subsidi akan disalurkan ke dalam akaun TASKA.
  • Pengusaha TASKA hendaklah menandatangani Borang YP5 (Borang Akuan Penerimaan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak).
  • Pengusaha juga bertanggungjawab memaklum dan mengesahkan pemberian subsidi yuran pengasuhan kepada ibu bapa/ penjaga kanak-kanak, dan membuat bayaran balik yuran pengasuhan kepada ibu bapa/ penjaga (jika ada).
  • Borang YP6 (Kad Rekod Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak) hendaklah ditandatangani oleh ibu bapa/ penjaga sebagai akuan penerimaan subsidi yuran pengasuhan TASKA.

Baca juga: Bantuan Sardin Portal Malaysia

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan dari pengusaha TASKA adalah selama 2 bulan, bermula 1 Januari setiap tahun.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian:-

  • No. Tel: 03 – 8000 8000
Disclaimers – Bahan yang admin share diatas merupakan panduan dan rujukan ringkasan yang related dengan “Cara Mohon Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA RM180 Sebulan” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!