Home » Gosip Artis Malaysia » Suami Heliza Bukan Suami Orang, Masih Teruna Dan Bujang.

Suami Heliza Bukan Suami Orang, Masih Teruna Dan Bujang.

Walaupun sudah seminggu berlalu pengumuman dan berita tentang perkahwinan selebriti dan juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi dengan seorang ahli perniagaan iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman masih menjadi bualan ramai .

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Selepas berkahwin mereka sering dijemput menghadiri pelbagai rancangan secara live yang mana ditanyakan tentang hubungan dan pertemuan mereka sebelum berkahwin dan baru-baru ini pasangan itu telah dijemput ke rancangan Wanita Hari ini di Tv3 untuk berkongsi momen bahagia sebelum dan setelah diijab kabul.

Dalam temubual tersebut Dato Sri Mahadi malah tampil menjelaskan status sebenar beliau apabila ada yang mendakwa ahli perniagaan itu seorang duda dan suami orang kerana sudah berusia dan mempunyai gelaran Dato Seri.

Malah ada yang mendakwa bahawa Heliza adalah isteri kedua dan perampas suami orang.

Tetapi hakikatnya , Mahadi yang hadir menjelaskan bahawa dia masih berstatus bujang tetapi sudah terlajak dan baru pertama kali mendirikan rumah tangga pada usia 38 tahun minggu lalu bersama bidadarinya, Heliza.

“Ingin saya jelaskan, sebelum kahwin saya seorang teruna dan bujang. Boleh dikatakan bujang terlajak, umur 38 baru dapat bidadari syurga yang diizinkan Allah untuk dijadikan pasangan suami dan isteri,” katanya.

Pada 1 Januari lalu, Heliza mengejutkan ramai apabila selamat diijabkabulkan dengan Datuk Sri Mahadi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Dia yang sebelum itu di temu bual menafikan tentang status nya yang masih belum dimiliki .

Pasangan ini telah dinikahkan di masjid dengan majlis sederhana dan barokah malah dihadiri keluarga dan teman terdekat bagi memeriahkan majlis mereka.Resepsi dan penikahan dilakukan dengan ringkas tetapi meriah dengan alunan bacaan ayat suci dan juga doa-doa yang indah buat pasangan tersebut.

Malah turut diraikan oleh rakan artis dalam majlis yang serba ringkas.

Penafian – Bahan yang admin kongsikan diatas merupakan tutorial dan rujukan artikel related dengan “Suami Heliza Bukan Suami Orang, Masih Teruna Dan Bujang.” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!