Suami Anita Baharom Meninggal Dunia Dalam Tidur .


Pagi tadi dikejutkan dengan berita duka daripada Anita Baharom yang berkongsi  di media sosialnya apabila suaminya, Ismadi Ismail, 50, meninggal dunia di rumah mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam kira-kira pukul 8 pagi, hari ini.

Menurut sumber yang sahih ,Allahyarham suaminya itu dikhabarkan meninggal dunia dalam tidur di ruang tamu. Anita memaklumkan dia menyedari mengenai perkara tersebut selepas suaminya dikatakan tertidur dan tidak memberikan respons apabila cuba dikejut.

“Pagi tadi, lebih kurang jam 8 pagi, saya bersiap-siap untuk ke masjid sebab ada pembentangan untuk program masjid berhampiran rumah sepanjang 2022.

“Saya ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan suami bantu saya untuk siapkan bahan pembentangan. Pagi tadi, dia cakap nak hantar saya ke rumah kawan yang juga AJK masjid. Sementara menunggu saya siap, dia terlelap sekejap di ruang tamu.

“Saya tengok dia tidur telangkup. Saya kejut tapi tak ada respon. Senyap, tak bergerak langsung. Saya tolak-tolak badan dia dan bila pegang tangan dia, dah rasa sejuk dah,” katanya .

“Dukacita saya memaklumkan bahawa suami tercinta, Ismadi Ismail menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi, 1 Januari 2022 (Sabtu).

“Mohon doa daripada saudara dan sahabat semua semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” tulisnya di Instagram.

Sehingga kini masih belum dapat dipastikan punca kematian namun sebelum ini Anita pernah memaklumkan arwah suaminya menghidap penyakit kencing manis.


Allahyarham meninggalkan tiga orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama Anita iaitu Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.

Penafian – Semua artikel portalamalaysia kongsikan dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan ringkasan yang related dengan “Suami Anita Baharom Meninggal Dunia Dalam Tidur .” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia