Pada tahun 2023, pelbagai jenis bantuan akan diberikan kepada rakyat khususnya mereka yang memerlukan.
Antaranya Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Bayaran bantuan ini sebanyak 4 kali ganda dan kini berbaki 2 lagi bayaran.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3
Pembayaran STR 2023 akan diteruskan pada pembayaran Fasa 3.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kos sara hidup dan pembelian barangan asas.
STR 2023 dibayar melalui 4 fasa dan kini hanya tinggal 2 fasa pembayaran sahaja.
JUMLAH BANTUAN
Bayaran STR Fasa 3 adalah maksimum RM 800 berbanding RM 200 untuk STR Fasa 2 sebelum ini.
Kategori Isi Rumah RM 0 – RM 2,500
- Tiada anak – RM 300
- 1 hingga 2 – RM 400
- 3 hingga 4 – RM 600
- 5 dan ke atas – RM 800
Kategori Isi Rumah RM 2,501 – RM 5,000
Tiada anak – Tiada bayaran
- 1 hingga 2 – RM 150
- 3 hingga 4 – RM 200
- 5 dan ke atas – RM 250
Kategori Bujang, Bujang Kurang Upaya dan Warga Emas
- RM 100 seorang
KATEGORI YANG MENERIMA BAYARAN
Semua penerima STR 2023 layak menerima STR Fasa 3 kecuali bagi Kategori Isi Rumah Pendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000 yang TIADA ANAK sahaja yang tidak menerima STR Fasa 3.
Selain itu, bayaran juga dikreditkan kepada setiap pemohon yang berjaya memohon pada Mac lalu.
Bermula Fasa 3, jumlah bantuan yang masuk adalah mengikut kemas kini yang dibuat oleh setiap penerima (jika ada).
TARIKH PEMBAYARAN
Pembayaran STR Fasa 3 dijangka dikreditkan pada Julai 2023.
Bagaimanapun, tarikh pembayaran rasmi belum diumumkan setakat ini.
GOODEVENING.ANRENEWUPDATED.COMFEESSANDRENEWBLUETOOTH.COMFEESS.ANRENEWAFORFORMSFEESSFORAFEESS.RENEWKHAIRIANUARLLCFEESS(OVERVIEW)(OFFSHORE).
Kau ingat yang ada anak je ke perlu duit..yang isi rumah takde anak pun manusia..perlu makan bayar itu bayar ini..kalau nak bagi bantuan tu biar adil la..nak² golongan bujang..kau buat macam budak² yang hanya tau beli gula²..bujang pun ada tanggungan jugak..bayar sewa rumah..bil air.. elektrik..ingat bujang duduk bawah kemah ke..yang tak perlu bayar air dan elektrik..bagi bantuan tu pakai otak lah..biar la adil sikit..pm tahun ni lagi teruk dari yang lepas aku rasa ..janji tak serupa bikin..janji dia 1k setiap seorang..aku dengar pun dah nak tergelak..sebab dah agak dah..itu hanya janji kosong..letak jawatan lagi bagus dari dapat dosa buta² macam tu..renung²kan lah