STR 2023 : Semak Tarikh Dan Jumlah Bayaran Mengikut Fasa !


STR 2023 merupakan inisiatif baharu yang diperkenalkan kerajaan tahun ini untuk rakyat Malaysia khususnya golongan B40. Seperti sedia maklum, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan Sumbangan Wang Tunai (STR) akan diberikan secara berperingkat.

INSENTIF STR 2023


Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan berhubung pemberian STR tahun ini. Menerusi kenyataan itu, STR adalah bantuan yang diberikan oleh kerajaan dalam bentuk insentif tunai.

Bantuan ini telah dijenamakan semula kepada STR, sebelum ini adalah bantuan tunai rakyat (BTR). Bantuan tunai tahun ini berbeza dengan tahun sebelum (BKM) 2022, di mana pembayaran pertama telah dipercepatkan.

STR fasa 1 telah diedarkan secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 secara kredit terus ke dalam akaun bank penerima dan penebusan tunai di kaunter BSN seluruh Malaysia bagi penerima yang tidak mempunyai kad bank.

INFO STR FASA 1

Pemberian STR Fasa 1 telah melibatkan 3 kategori penerima iaitu bujang, warga emas (bujang) dan isi rumah (keluarga). Kadar bayaran yang diberikan ialah RM100 untuk bujang dan warga emas bujang.

Manakala kategori isi rumah pula akan mendapat RM300 untuk fasa pertama. Untuk makluman, bayaran STR bukan kali ini sahaja, bayaran akan diteruskan pada fasa seterusnya nanti.

Kepada penerima bantuan STR, anda mesti tunggu dan lihat bila tarikh dan jumlah pembayaran akan diterima pada fasa seterusnya. Buat masa ini hanya maklumat fasa 1 telah diumumkan.

TARIKH BAYARAN & JUMLAH MENGIKUT FASA

Berikut adalah jadual & jumlah bayaran yang akan diberikan mengikut fasa seperti di bawah:

STR fasa 1 : Bermula 17 Januari dan jumlah bayaran adalah RM 100 untuk (Bujang dan warga emas bujang) RM300 untuk isi rumah

STR fasa 2 : akan dikemas kini (belum diumumkan) dijangka selewat-lewatnya sebelum pertengahan tahun ini.

SEMAK KEMASKINI STATUS STR

Bagi penerima STR, anda boleh menyemak status kelayakan dan mengemas kini STR. Sila lawati tapak rasmi MySTR – DI SINI untuk semakan. Bagi bukan penerima STR, anda mungkin boleh membuat permohonan baharu yang dijangka dibuka sebelum pembayaran fasa 2.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3