Stokis Dan Ejen Inai Neelofa Merungut Banyak Stok Tak Terjual

Inai Nunha masih lagi menjadi perbualan hangat apabila baru – baru ini muncul pula dakwaan yang mengatakan ejen serta stokis produk tersebut merungut kerana inai tidak habis dijual kerana tidak laku.

Selepas membuktikan bahawa produk inai itu halal dan sesuai untuk digunakan untuk solat , kini rungutan daripada stokis dan ejen menjadi pertikaian apabila ada yang mengatakan bahawa produk itu sukar diterima kerana mempunyai banyak pantang larang.

Menerusi satu perkonghsian di media sosial , terdapat ramai individu yang tidak jadi untuk membeli inai Nunha di saat akhir selepas kontroversi berlaku.

Perkara itu telah menyebabkan ramai stokis dan ejen yang merungut kerana masih mempunyai stok berlebihan sehingga ada yang mencecah 500 kotak di tangan dan tidak berjual.

 

Stokis Dan Ejen Inai Neelofa Merungut Banyak Stok Tak Terjual 2

 

 

Malah ada yang sanggup menjual dengan harga murah agar balik modal dan stok habis dijual bagi mengembalikan modal yang telah dikeluarkan untuk menjadi stokis dan ejen kepada produk tersebut.

“Saya ada 500 kotak lagi. Rasa macam nak drop harga je. Janji pulang balik modal semula. Lepas ni tak nak join jual dah.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut , terdapat netizen yang mengkritik tentang tentang produk inai tersebut yang hanya viral kerana dipakai oleh Neelofa bukan kerana kualitinya.

Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa stokis dan ejen yang tidak mempunyai kepakaran dalam perniagaan hingga banyak produk yang tidak terjual .

Malah ada yang membezakan harga inai Nunha dengan inai lain yang lebih murah , mudah digunakan dan memberikan warna yang lebih menarik dan kelihatan semulajadi.

 

Stokis Dan Ejen Inai Neelofa Merungut Banyak Stok Tak Terjual 3

 

Tetapi Neelofa dikatakan bakal mengeluarkan produk inai dengan warna berbeza selepas ini dan bakal berada dipasaran tak lama lagi.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3