Home » Bantuan » Cara Semakan Status Rayuan BPR & Tarikh Bayaran Bagi Yang Lulus Rayuan BPR

Cara Semakan Status Rayuan BPR & Tarikh Bayaran Bagi Yang Lulus Rayuan BPR

Cara Semakan Status Rayuan BPR & Tarikh Bayaran Bagi Yang Lulus Rayuan BPR

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah sebuah inisiatif bantuan langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021, bagi memanfaatkan golongan B40.

Fasa 1 pembayaran BPR berjumlah RM1.93 billion telahpun dibayar kepada 8.4 juta penerima dari 24 Februari sehingga 1 April 2021.

Bagi yang dah buat rayuan, anda boleh buat semakan status tidak lama lagi & ketahui tarikh bayaran bagi yang lulus rayuan.

Portal Malaysia ingin berkongsi maklumat lanjut semakan status rayuan BPR 2021.

Baca Juga: i-Citra KWSP: Cara Semak & Jadual Jumlah Duit Masuk Mulai Ogos 2021

SEMAKAN STATUS RAYUAN BPR

Semakan status rayuan BPR yang telah dihantar boleh dibuat mulai Ogos 2021 di pautan yang berikut:

  • Sila ke laman web https://bpr.hasil.gov.my/ 
  • Sila pergi ke Menu MyBPR & klik Maklumat Rayuan.
  • Cetakan juga boleh dibuat pada Menu yang berkenaan.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

TARIKH BAYARAN RAYUAN BPR

Jika anda LULUS RAYUAN BPR, anda akan menerima bayaran BPR secara automatik pada tarikh yang berikut:

Bulan Ogos 2021

  • BPR Fasa 2: RM400
  • BPR (Tambahan): RM500

Bulan September 2021

  • BPR Fasa 3: RM500 @ RM1,100

Baca Juga: Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Ogos 2021

SYARAT KELAYAKAN RAYUAN BPR

Pemohon yang layak mendapat kelululsan rayuan BPR adalah:

  • Bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus BPR 2021; ataupun
  • Bagi pemohon yang berstatus Lulus BPR 2021 & terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan & juga perubahan pendapatan sahaja.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan BPR, sila hubungi talian dibawah:

Hotline BPR di 1-800-88-2747

Alamat emel [email protected]

Disclaimers – Semua artikel kami kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan rujukan yang related dengan “Cara Semakan Status Rayuan BPR & Tarikh Bayaran Bagi Yang Lulus Rayuan BPR” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!