Semak Status Pengeluaran Khas KWSP Lulus Atau Gagal


Pemohon Pengeluran Khas KWSP kini boleh menyemak status permohonan yang telah dibuat pada 1 April 2022 yang lalu.
Pengeluaran Khas ini adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran kesan daripada pandemik COVID-19.
Semak Status Pengeluaran Khas KWSP Lulus Atau Gagal 1

Baca juga:

Tarikh Semakan Status Kelulusan:


Tarikh Semakan: Mulai 9 April 2022.

Tarikh Pembayaran: Mulai 20 April 2022.

Cara Semakan Status:

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyemak status permohonan:

Langkah 1: Layari laman sesawang semakan KWSP.

Langkah 2: Tekan teruskan.

Langkah 3: Pilih Semak Status Permohonan.

Langkah 4: Masukkan nombor kad pengenalan/pasport dan nombor telefon bimbit.

Langkah 5: Tekan Semak Status.

Keputusan Status Permohonan:

Berikut adalah keputusan status permohonan Pengeluaran Khas KWSP:

1) Permohonan Anda Telah Diterima:

Maksud: Permohonan Pengeluaran Khas anda telah berjaya DITERIMA oleh pihak KWSP. Permohonan anda sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.

Tindakan: Bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022 secara sekaligus mengikut jumlah yang dimohon.

Semak Status Pengeluaran Khas KWSP Lulus Atau Gagal 2

2) Permohonan Anda Tiada Dalam Rekod:

Maksud: Permohonan anda tiada dalam rekod KWSP.

Tindakan: Anda perlu menyemak semula dan pastikan maklumat yang dimasukkan adalah sama dengan maklumat semasa permohonan dibuat.

Semak Status Pengeluaran Khas KWSP Lulus Atau Gagal 3

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang KWSP atau hubungi di talian Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3