Home » Pendidikan » SSDM – Cara Guna Modul Pengurusan Murid KPM Online

SSDM – Cara Guna Modul Pengurusan Murid KPM Online

SSDM atau Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web merupakan sistem di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sistem ini adalah bertujuan untuk merekod maklumat yang efektif dan terkini di mana ianya secara langsung akan dapat membantu pengurusan di semua peringkat membuat perancangan bagi mengatasi dan mengawal masalah disiplin murid dengan lebih teratur baik dan berkesan.

Berikut kami kongsikan maklumat yang lebih terperinci tentang SSDM KPM Online :

Jenis Tahap Pengguna SSDM 

Terdapat 4 tahap pengguna di bawah SSDM ini iaitu :

👩‍🏫Sekolah

👩‍🏫Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

👩‍🏫Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

👩‍🏫Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)

Fungsi SSDM KPM

Berikut merupakan fungsi dan tugas yang dilaksanakan oleh modul SSDM ini seperti :

📋Merekod kes-kes salahlaku murid

📋Menyimpan perincian maklumat murid dan sekolah

📋Menjana dan memaparkan laporan statistik salahlaku

📋Menjana surat amaran ponteng mengikut tahap

 Cara Guna SSDM KPM Online

Bagi guru-guru yang ingin menggunakan SSDM KPM ini, di bawah ialah cara untuk menggunakannya :

0️⃣1️⃣Sila layari ke laman web https://ssdm.moe.gov.my/

0️⃣2️⃣Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda

0️⃣3️⃣Klik pada butang Masuk

0️⃣4️⃣ID dan katalaluan buat masa ini adalah seperti di bawah. Katalaluan generik ini adalah hanya untuk tujuan LATIHAN/PERMULAAN sahaja. Fungsi/Menu pertukaran katalaluan telah disertakan dalam sistem untuk pengguna ubah katalaluan masuk sistem.

Melalui fungsi pertukaran katalaluan, katalaluan yang diubah akan dihantar ke emel pengguna untuk rujukan sekiranya terlupa. Pengguna juga boleh hubungi pegawai SSDM di JPN/Bahagian untuk mengetahuinya.

📌ID : [KOD SEKOLAH] KATALALUAN : DISP[KOD SEKOLAH]

📌Contoh :
ID: YBA0001
KATALALUAN: DISPYBA0001

0️⃣5️⃣Sila masukkan data-data pelajaar yang diperlukan dan selesai.

Semoga perkongsian di atas dapat memberi rujukan dan panduan kepada anda untuk menggunakan SSDM KPM Online ini. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh rujuk atau hubungi ke :

📍UNIT DISIPLIN
SEKTOR HAL EHWAL MURID
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 3 & 4, BLOK E2,
PARCEL E,
62604 PUTRAJAYA

☎️03-88849339 & 03-88849451

📧[email protected]

Disclaimers – Bahan artikel admin kongsikan diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “SSDM – Cara Guna Modul Pengurusan Murid KPM Online” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes