SPS Prihatin Wanita: Permohonan Caruman RM163 Untuk Wanita Bekerja Sendiri 2021
Dalam Pakej PEMERKASA,PERKESO telah pun melaksanakan inisiatif yang antaranya Program KerjayaGig, Penambahbaikan Program Perantisan PenjanaKerjaya 2.0, Penambahbaikan Program Subsidi Upah 3.0 dan SPS Prihatin Wanita (SPW).
Menerusi pakej PEMERKASApada 17 Mac 2021 telah diumumkan program SPW dan insentif lain .
Dengan program ini, pihak kerajaan bakal membayar 70 peratus daripada caruman iaitu RM163, sementara usahawan wanita serta wanita bekerja sendiri hanya perlu membayar RM69.80 iaitu 30 peratus daripada caruman setahun Pelan 2 skim itu.
Hari Ini Portal Malaysia akan berkong cara permohonan SPS Prihatin bagi Usahawan Wanita yang bekerja sendiri.
Baca Juga : Jadual Bayaran Bantuan Kewangan JKM Sepanjang Tahun 2021
APA ITU SPS PRIHATIN WANITA?
Kerajaan pula menyediakan peruntukan berjumlah RM10 juta bagi usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri di bawah program SPW.
APAKAH SKSPS?
SKSPS bermaksud Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Fungsi skim ini ialah melindungi pencarum dari bencana atau kemalangan semasa bekerja.
Selain itu, skim ini memepunyai kelebihan ffaedah tunai kepada pencarum serta tanggungan dan juga rawatan perubatan.
Baca Juga : SPPP SSM: Panduan Pendaftaran SSM Percuma Untuk B40, Belia & Pelajar 2021
SENARAI PELAN SKSPS
Di bawah ialah 4 pelan yang ditawarkan, pelan ini berbeza mengikut kadar caruman pada pendapatan yang diinsurankan.
Manfaat yang akan mereka dapat ialah Dana Padanan 70 peratus untuk caruman di bawah Pelan 2 SKSPS iaitu perlindungan pendapatan sebanyak RM1,550.
TARIKH PERMOHONAN PROGRAM SPW
Permohonan mulai 1 April – 31 Disember 2021.
CARA PERMOHONAN SPS PRIHATIN WANITA PERKESO
Permohonan boleh dilalkukan secara online melalui laman web PERKESO mulai 1 April.
Langkah bayaran bulanan secara online adalah seperti berikut:
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda perlukan maklumat lanjut berhubung SPS Prihatin Wanita atau inisiatif-inisiatif dalam PEMERKASA, anda boleh rujuk di laman sesawang https://www.perkeso.gov.my/ atau emel kepada [email protected]