SPPP SSM: Panduan Pendaftaran SSM Percuma Untuk B40, Belia & Pelajar 2021

SPPP SSM: Panduan Pendaftaran SSM Percuma Untuk B40, Belia & Pelajar 2021

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) dengan meluaskan tawaran di bawah Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P).

Pelancaran ini adalah dari pengumuman yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi di sidang Dewan Rakyat pada 15 Disember 2020 tahun lalu.

SSM menjangkakan skim ini akan memanfaatkan seramai 7 juta golongan belia dan 150,000 ibu tunggal dari golongan B40 yang akan menceburi bidang perniagaan.

Di sini Portal Malaysia maklumat lanjut tentang Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).

SPPP SSM: Panduan Pendaftaran SSM Percuma Untuk B40, Belia & Pelajar 2021 2

Apakah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) SSM?


Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) adalah manfaat skim pendaftaran SSM percuma yang pertama kalinya dibentangkan melalui sidang di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2020.

Baca juga: Tarikh Jadual I-Lestari Bulan April 2021 – Bulan Terakhir Pembayaran !

SPPP SSM: Panduan Pendaftaran SSM Percuma Untuk B40, Belia & Pelajar 2021 3

Syarat Kelayakan


Perincian kategori yang layak bagi memohon atau daftar SSM percuma melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) adalah seperti berikut:

KATEGORI USAHAWAN GOLONGAN B40

  • Adalah pemegang MyKad/MyPR
  • Mesti berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
  • Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/); dan
  • Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

KATEGORI PELAJAR

  • Mesti berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan
  • Tiada rekod entiti perniagaan anda yang masih aktif di SSM.

Baca juga: Cara Tukar MyKad Rosak Dan Hilang Secara Online 2021

Cara Daftar SSM Percuma Melalui SPPP


Permohonan pendaftaran perniagaan anda boleh dibuat melalui Portal EzBiz Online.

Di bawah adalah 5 cara pendaftaran SPPP SSM:

  1. Sila buka pautan ezbiz.ssm.com.my.
  2. Sila tekan butang Sign Up dan daftar sebagai pengguna Portal ezBiz.
  3. Setelah mendaftar, Sign In untuk anda masuk ke Portal ezBiz.
  4. Klik menu pada My Business Services > New Business
  5. Sila isi maklumat perniagaan yang ingin anda daftarkan.
  6. Di bahagian Incentive, sila pilih Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
  7. Sila lampirkan dokumen sokongan seperti di bawah:
    • B40
      • Permohonan bantuan pinjaman / geran perniagaan ATAU
      • Dokumen berkaitan jual beli produk atau perkhidmatan ATAU
      • Gambar pemohon harus bersama premis / tempat / gerai perniagaan ATAU
      • Lain-lain dokumen yang berkaitan
    • Pelajar IPT
      • Salinan Kad Pengenalan depan & belakang
      • Salinan kad pelajar anda
      • Salinan surat perakuan anda dari pihak IPTA / IPTS / Kolej / Institut Kemahiran / Pusat Kemahiran
  8. Sila klik Submit For Verification untuk pegawai SSM membuat pengesahan secara atas talian.
  9. Anda pula akan menerima e-mel kelulusan daripada pihak SSM.
  10. Setelah anda mendapat e-mel ini, bolehlah anda menjalankan perniagaan mengikut undang-undang yang termaktub dalam Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Sila rujuk pada infografik di bawah:

SPPP SSM: Panduan Pendaftaran SSM Percuma Untuk B40, Belia & Pelajar 2021 4 SPPP SSM: Panduan Pendaftaran SSM Percuma Untuk B40, Belia & Pelajar 2021 5 SPPP SSM: Panduan Pendaftaran SSM Percuma Untuk B40, Belia & Pelajar 2021 6 SPPP SSM: Panduan Pendaftaran SSM Percuma Untuk B40, Belia & Pelajar 2021 7 SPPP SSM: Panduan Pendaftaran SSM Percuma Untuk B40, Belia & Pelajar 2021 8

Maklumat Lanjut


Sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian

03-7721 4000 atau

emel kepada [email protected].

Facebook: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)


Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3