SPPP SSM: Cara Pendaftaran Perniagaan Percuma B40 & Pelajar IPT

Home » Permohonan » SPPP SSM: Cara Pendaftaran Perniagaan Percuma B40 & Pelajar IPT

SPPP SSM: Cara Pendaftaran Perniagaan Percuma B40 & Pelajar IPT 2021

Golongan B40 & pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa yang ingin mendaftar perniagaan mereka, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).

SSPP SSM telah dilancarkan pada 15 Februari 2021 bagi menggalakkan golongan B40 & pelajar IPT sepenuh masa terlibat dalam perniagaan & mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Sehingga kini, sebanyak 9,492 golongan B40 & pelajar IPT telah mendaftar perniagaan mereka melalui SSM.

Portal Malaysia ingin berkongsi cara Pendaftaran Perniagaan Percuma B40 & Pelajar IPT.

Baca Juga: KWSP i-Citra: Ramai Sudah Diterima, Lihat Cara Semakan Status Permohonan Julai 2021

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon SPPP SSM ini adalah seperti berikut mengikut kategori dibawah:

i) Usahawan Kumpulan B40

  1. Pemegang MyKad/MyPR.
  2. Warganegara berumur 18 tahun & ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan.
  3. Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bagi Golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/).
  4. Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

ii) Pelajar IPT Sepenuh Masa

  1. Pemegang MyKad/MyPR.
  2. Warganegara berumur 18 tahun & ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan.
  3. Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara.
  4. Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik bagi membuat permohonan adalah seperti dibawah:

i) Usahawan Kumpulan B40

  • Salinan kad pengenalan (Depan & Belakang).

Bukti bagi pengesahan menjalankan perniagaan:

  1. Permohonan bantuan pinjaman/geran perniagaan; atau
  2. Dokumen berkaitan jual beli produk atau perkhidmatan; atau
  3. Gambar pemohon bersama premis/tempat/gerai perniagaan bersama pemohon; atau
  4. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

ii) Pelajar IPT Sepenuh Masa

  1. Salinan kad pengenalan (Depan & Belakang);
  2. Salinan kad pelajar; &
  3. Salinan surat perakuan pelajar daripada pihak IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan SPPP SSM, boleh ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/.
  2. Klik pada butang ‘Sign Up’ & masukkan maklumat yang diperlukan.
  3. Klik pada butang ‘Save.’
  4. Log masuk dengan memasukkan username & kata laluan yang telah didaftarkan.
  5. Isi maklumat diri & perniagaan yang diperlukan.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.

Baca Juga: SPS Prihatin Wanita: Cara Mohon Caruman Untuk Usahawan Wanita RM163

Pengecualian Fi

Pelaksanaan SPPP ini melibatkan pengecualian fi pendaftaran perniagaan seperti dibawah:

  • Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan: RM30 setahun.
  • Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred: RM60 setahun.
  • Cetakan maklumat: RM10.

Maklumat Lanjut

Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai SPPP SSM, boleh hubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke [email protected]

Disclaimers – Bahan artikel admin kongsikan diatas sekadar panduan tutorial dan rujukan yang berkaitan dengan “SPPP SSM: Cara Pendaftaran Perniagaan Percuma B40 & Pelajar IPT” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!