SPGATM adalah Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia. Sila LOGIN spgatm disini untuk dapatkan penyata gaji anda.
Login spgatm
Untuk login ke dalam sistem spgatm, anda perlu layari https://spgatm.ugat.mil.my/ .
Kemudian masukkan nama pengguna kemudian teruskan dan ikuti langkah seterusnya. Jika anda terlupa nama pengguna boleh klik bahagian ‘Lupa nama pengguna’.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Jika sistem spgatm down atau tidak boleh diakses, sila tunggu 5 minit sebelum mengaksesnya sekali lagi.
Berikut merupakan maklumat elaun, insentif, dan kemudahan anggota ATM yang boleh diakses melalui spgatm:
Elaun
- Elaun Pakaian Istiadat bagi Pegawai sebanyak RM1500.00 setiap 3 tahun sekali.
- Elaun Pakaian Tahunan Pegawai sebanyak RM500.00 setahun.
- Tuntutan perjalanan ke tempat kerja.
- Elaun Bantuan Sara Hidup.
- Elaun Kepakaran bagi yang layak.
- Elaun insentif khas ATM RM200.00 sebulan.
Insentif
- Pemberian insentif bagi anak-anak anggota ATM yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM dan tawaran pengajian tinggi.
- Bonus tahunan (jika ada).
- Khairat kematian sebanyak RM3000.00.
Kemudahan
- Rawatan Perubatan Percuma termasuk untuk keluarga dan Ibu Bapa.
- Wad Kelas 1 di Hospital Kerajaan (Ikut Pangkat).
- Pinjaman Perumahan/ Kenderaan/ Komputer/ Pendidikan.
- Rumah Keluarga bagi anggota/pegawai yang telah berkahwin.
- Penginapan serta sajian di Wisma-wisma mengikut pangkat bagi anggota/Pegawai Bujang.
- Kemudahan membeli-belah di PERNAMA.
- Rebet 25% Tambang KTMB.
- Waran perjalanan.
- Insuran Kelompok ATM.
- Peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD dengan tajaan ATM.
- Cuti Tahunan dengan bilangan hari mengikut pangkat.
- Kemudahan dan perbelanjaan perubatan bagi anggota tentera dan tanggungan:
– Rawatan di Hospital Angkatan tentera dan Rumah Sakit Angkatan Tentera seluruh Malaysia.
– Rawatan di Institut Jantung Negara.
– Rawatan penyakit buah pinggang di Pusat dialysis swasta.
– Rawatan kemandulan primer.
– Rawatan kecemasan di hospital/klinik swasta.
– Rawatan d luar Negara bergantung kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.
– Kemudahan perubatan yang tidak dapat dibekalkan/disediakan (ubat, alat, perkhidmatan, perubatan oleh klinik kerajaan) - Bantuan perbekalan alatan.
– Pembekalan alat Ortopedik.
– Pembekalan kerusi roda.
– Alatbantu pendengaran.
– Pembekalan alat-alat lain. - Ransum percuma semasa latihan/kursus/bertugas.
- Latihan Peralihan sebelum Tamat Perkhidmatan.
- Kemudahan Pinjaman Koperasi Tentera.
- Keahlian dalam Kelab Rekreasi.
- Kemudahan Sukan dan Rekreasi.
- Pinjaman Tabung Pendidikan ATM (TAPAT) dan skim Pinjaman Pendidikan ATM (SPAAT) –Pinjaman Pendidikan Tinggi Tanpa Faedah.
- Kemudahan Caruman Sukarela Lembaga Tabung Angkatan Tentera LTAT.
Bagi semua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), mereka sebenarnya boleh menyemak penyata gaji mereka menerusi Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia (SPGATM).
Namun, bagi yang belum tahu SPGATM merupakan sistem yang membolehkan semua pegawai dan anggota tentera membuat semakan penyata gaji secara bulanan.
Sistem ini telah diperkenalkan pada tahun 2019 untuk memudahkan anggota tentera menyemak penyata gaji bulanan mereka.
Ini akan memudahkan mereka memeriksa penyata gaji mereka secara mudah di mana-mana sahaja pada bila-bila masa tanpa perlu melakukannya secara manual.