SPA8i

Pengumuman!! SPA8i milik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam terlah berpindah ke SPA9, jadi tiada lagi permohonan mahupun semakan melalui SPA8i lagi.

Boleh Rujuk SPA9 – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pindah Borang SPA8i Ke SPA9

SPA8i ialah merupakan platform untuk membuat permohonan jawatan kosong dan kemaskini jawatan SPA8i. Ia merupakan sistem online di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk membolehkan individu membuat permohonan jawatan bagi memasuki skim perkhidmatan awam Malaysia.

Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan pekerjaan dalam sektor Kerajaan, anda boleh membuat permohonan secara online di SPA8i . Di bawah kami kongsikan maklumat tentang cara log masuk ke SPA8i :

Cara Daftar SPA8i

Bagi anda yang ingin mencari pekerjaan di sektor awam, anda boleh membuat permohonan online di SPA8i (laman ini juga dinamakan SPA8i New). di bawah ialah cara-cara untuk mendaftar SPA8i :

0️⃣1️⃣Masuk ke portal rasmi SPA yang khas untuk permohonan jawatan kerajaan di sini – https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

0️⃣2️⃣Bagi yang belum mendaftar, anda perlu mendaftar dahulu sebagai pengguna baharu. Tekan butang DAFTAR MYID BARU untuk mendaftar

0️⃣3️⃣Next halaman, isikan No Kad Pengenalan anda tanpa simbol “-”

0️⃣4️⃣Masukkan No Telefon Bimbit anda yang aktif dan boleh dihubungi di ruang No Telefon Bimbit

0️⃣5️⃣Masukkan alamat emel anda yang aktif di kotak Alamat Emel

0️⃣6️⃣Part untuk anda setkan Soalan Keselamatan ianya digunkan apabila anda terlupa myID atau password. Soalannya seperti :
✔️Siapakah Nama Ibu Anda
✔️Sahkan Nama Ibu Anda
✔️ Dimanakah Negeri Kelahiran Anda
* masukkan maklumat seperti di atas di ruangan soalan tersebut

0️⃣7️⃣Masukkan kod dari kotak berwarna hitam di sebelahnya yang tertera di ruangan Kod Keselamatan 

0️⃣8️⃣Klik butang Daftar

0️⃣9️⃣Pada bahagian Maklumat Pemohon isi beberapa maklumat yang diminta.

1️⃣0️⃣Pada part Alamat Surat-Menyurat, masukkan alamat yang senang untuk pihak spa pos apa-apa surat pemberitahuan nanti.

1️⃣1️⃣Untuk Poskod, letak poskod alamat anda

1️⃣2️⃣Untuk Negeri pula, letak negeri mengikut alamat anda.

1️⃣3️⃣Sama juga dengan kotak Bandar

1️⃣4️⃣Letak Tarikh lahir anda, sama mcm tarikh lahir ic anda

1️⃣5️⃣Petak No Telefon serta Alamat emel, akan automatik keluar maklumat yang anda isi diatas.

1️⃣6️⃣Letak Negeri Tempat Lahir, pilih negeri tempat lahir anda ye, sama juga dengan Ibu dan bapa pemohon.

1️⃣7️⃣Sattle yang atas, dekat petak Lesen Kenderaan, tick pada part yang anda miliki sahaja.

1️⃣8️⃣Untuk Jantina, tick pada jantina anda yang betul samaada Lelaki atau Perempuan

1️⃣9️⃣Pada ruangan Agama, pilih agama anda, dalam IC islam, makanya pilih islam.

2️⃣0️⃣Pada petak Keturunan, pilih keturunan anda.

2️⃣1️⃣Dekat kotak Taraf Kewarganegaraan, pilih mana-mana taraf kewarganegaraan anda

2️⃣2️⃣Begitu juga Taraf Perkahwinan, letak status anda yang terkini

2️⃣3️⃣Untuk petak Ketinggian, letak tinggi anda terkini.

2️⃣4️⃣Ketik Tick pada bahagian persoalan sama ada anda adalah sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam/Kerajaan Tempatan/Badan Berkanun/Polis ataupun tidak.

2️⃣5️⃣Sattle part 0️⃣1️⃣ hingga 2️⃣4️⃣ ketik simpan SIMPAN, selesai.

Cara Isi Borang SPA8i New

Dibawah ialah cara dan panduan untuk mengisi borang SPA8i New :

0️⃣1️⃣Sattle bab mendaftar diatas, next halaman iaitu Maklumat Akademik. Part ni anda just masukkan semua maklumat akademik yang anda ada bermula dari PT3/PMR sampailah ke PhD. ikut apa peringkat tertinggi anda ada. kalau samapai diploma, isi sampai diploma sahaja.

0️⃣2️⃣Next part bila dah sattle semuanya di 0️⃣1️⃣ klik Simpan 

0️⃣3️⃣Seterusnya, isi Maklumat Ko-kurikulum, isi apa jua aktiviti yang pernah anda libatkan diri, kalau ada sijil-sijil penyertaan nanti boleh bawa masa temuduga, kalau tiada just tinggalkan.

0️⃣4️⃣Sattle isi di 0️⃣3️⃣ ketik Simpan

0️⃣5️⃣Dekat bahagian Maklumat Tambahan kalau anda ada apa-apa bakat yang berkaitan boleh isi situ.

0️⃣6️⃣Sattle isi dari 0️⃣1️⃣ hingga 0️⃣5️⃣ terus ketik Simpan sahaja.

0️⃣7️⃣Akhir sekali, pendaftaran SPA8i sattle dengan jayanya.

Tutorial Login / Log Masuk SPA8i

Di bawah ialah cara dan turoial untuk Log Masuk ke SPA8i setelah anda membuat pendaftaran akaun tersebut :

0️⃣1️⃣Layari laman web utama SPA untuk login ke SPA8i

0️⃣2️⃣Masukkan username yang telah anda tetapkan semasa mendaftar di kotak MyID

0️⃣3️⃣Di kotak Kata Laluan masukkan password yang telah anda setkan

0️⃣4️⃣Akhir sekali, anda akan berjaya mengakses dan login ke akaun SPA8i anda

Cara SPA8i Semakan Temuduga

📌Untuk menyemak Temuduga SPA8i anda boleh ke laman web ini dan pilih Semakan Keputusan Temu Duga.

FAQ

Bagaimana ingin mendapatkan MyID bagi mengisi permohonan pendaftaran pekerjaan (SPA8i)?

MyID adalah nombor kad pengenalan anda. Anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu menggunakan MyID sebelum mengisi SPA8i.

Saya telah mendaftar untuk mendapatkan MyID dan kata laluan tetapi sehingga kini masih belum menerima e-mel daripada pihak SPA untuk mengaktifkan akaun dan kata laluan?

Sejak tahun 2014, pendaftaran SPA8i telah ditambahbaik tanpa memerlukan pengaktifan melalui e-mel. E-mel hanya digunakan untuk pengumuman SPA atau sekiranya anda melepasi tapisan serta dipanggil untuk menduduki peperiksaan atau temuduga.

Bilakah saya akan mendapat e-mel pengaktifan?

Rujuk jawapan no. 2.

Bagaimana untuk menukar alamat e-mel yang tersilap semasa mendaftar akaun baharu?

Anda boleh mengemaskini sendiri alamat e-mel anda selepas log masuk ke SPA8i di modul Maklumat Pemohon.

Kenapa bila saya daftar baharu keluar mesej 'Harap maaf! MyID telah wujud'?

Pendaftaran MyID hanya dibenarkan sekali sahaja. Jika anda mendapat mesej tersebut, klik pada pautan LUPA KATA LALUAN dan ikuti arahan di skrin dan Panduan Pengguna ms 4-6.

Bolehkah pendaftaran akaun saya dibatalkan?

Pendaftaran yang telah dibuat tidak boleh dibatalkan dan hanya boleh dikemaskini.

Maklumat Lanjut 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh rujuk atau hubungi ke :

📍Pusat Temu Duga SPA Putrajaya
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
Aras 1, 2 & 4 -13, Blok F1, Kompleks F,
No.2, Lebuh Perdana Timur A, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62000 Putrajaya, Malaysia.

[wp-svg-icons icon=”phone” wrap=”i”]Telefon: +603 8091 9000

[wp-svg-icons icon=”drawer-2″ wrap=”i”]Faks: +603 8091

Disclaimers – Semua yang kami kongsikan diatas hanyalah panduan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “SPA8i” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Leave a Comment

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!