Home » Portal Rasmi » SOP Perniagaan Terkini Total Lockdown Yang Peniaga Perlu Tahu Bermula Hari Ini

SOP Perniagaan Terkini Total Lockdown Yang Peniaga Perlu Tahu Bermula Hari Ini

SOP Perniagaan Terkini Total Lockdown 1 Jun -14 Jun 2021

Pada 30 Mei 2021 (5 Petang) telah diadakan sidang media oleh Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismal Sabri Yaakob dan juga ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai SOP Sekatan Pergerakan Penuh (Total Lockdown).

Portal Malaysia ingin berkongsi isi kandungan penting pengumuman berkenaan terutamanya berkaitan dengan isu perniagaan di laman rasmi kami.

Baca Juga : Bantuan PKP 3.0 : BPR Tambahan & Moratorium

Sidang media berkenaan telah mengumumkan SOP Sekatan Pergerakan Penuh yang akan berkuatkuasa selama 14 hari bermula 1 Jun ini susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang mencecah 9,020 pada Sabtu yang lepas.

SOP Operasi Perniagaan

  • Kompleks membeli belah / shopping mall TIDAK DIBENARKAN KECUALI premis perniagaan yang dibenarkan seperti kedai runcit, makanan, dan sektor perlu yang disebutkan.
  • PASAR RAYA DIBENARKAN namun terhad kepada sektor keperluan asas sahaja seperti makanan, makanan haiwan dan yang disebutkan di atas.
  • RESTORAN, GERAI DAN OUTLET MAKANAN DIBENARKAN hanya untuk bawa pulang atau penghantaran (delivery)
  • DOBI dibenarkan termasuk dobi layan diri
  • KEDAI HAIWAN / makanan haiwan dibenarkan.
  • KEDAI CERMIN MATA DIBENARKAN.
  • KEDAI HARDWARE DIBENARKAN.
  • BENGKEL KENDERAAN DIBENARKAN.
  • E-DAGANG DIBENARKAN.
  • Pemborongan & pengedaran di bawah perkhidmatan perlu dibenarkan.

Semua operasi perniagaan diselaraskan dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam sahaja.

Baca Juga : Cara Mohon Skim Mesra Usia Emas Selangor (SMUE)

Lain-lain Aktiviti Yang Dibenarkan & Tidak Dibenarkan

  • Pasar malam / pasar tani biasa tidak dibenarkan.
  • Tadika / taska tidak dibenarkan KECUALI bagi frontliners dan bagi yang kedua ibu dan bapa mereka bekerja sahaja dibenarkan.
  • Sukan rekreasi hanya jogging & senaman (sukan individu) dan tidak boleh melebihi jam 8.00 malam.
Penafian – Bahan artikel kami kongsikan diatas sekadar tutorial dan ringkasan yang related dengan “SOP Perniagaan Terkini Total Lockdown Yang Peniaga Perlu Tahu Bermula Hari Ini” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!