Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Malaysia akan memasuki peralihan ke Fasa Endemik mulai 1 April 2022 . Sempadan negara juga akan dibuka semula sepenuhnya pada 1 April depan, setelah lebih dua tahun sempadan negara ditutup bagi mengekang penularan COVID-19.
Oleh itu, semua individu dibenar merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi.
Hanya perlu muat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera serta melengkapkan Pre-Departure Form melalui fungsi “Traveller” dalam MySejahtera.
Bagaimanapun, terdapat beberapa prosedur yang wajib dipatuhi sama ada rakyat Malaysia sendiri mahupun pengembara luar yang ingin masuk ke Malaysia.
Baca juga:
- Akhirnya Malaysia Menghitung Hari Ke Fasa Endemik
- Pendaftaran Vaksin COVID19 Untuk Kanak-kanak 5 ke 11 Tahun
Senarai Kandungan
SOP Traveler Di Sempadan Malaysia:
Berikut merupakan SOP di sempadan Malaysia untuk Traveler:
Protokol tambahan:
Berikut adalah protokol tambahan untuk traveler antarabangsa:
- SOP protokol baharu boleh disemak menerusi portal.
- Sedang menjalani kuarantin: Perintah kuarantin itu akan tamat pada 1 April 2022.
- Selepas tiba di tanah air: Hanya perlu buat ujian RTK antigen dalam tempoh 24 jam.
- Tidak lengkap atau tidak mengambil vaksin langsung: MESTI menjalani kuarantin 5 hari selepas tiba di tanah air.
- Dikecualikan daripada menerima vaksinasi atas faktor kesihatan: Perlu memuat naik bukti pengecualian daripada doktor ke dalam aplikasi mySejahtera.
SOP Pengujian & Kuarantin:
Berikut merupakan SOP pengujian dan kuarantin terkini untuk traveler:
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Protokol Covid untuk mengetahui protokol terkini oleh Kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).