SOP Kenduri Dan Majlis Keramaian Terkini

Majlis Keselamatan Negara Malaysia atau MKN adalah agensi yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

MKN juga bertanggungjawab dalam mengurus dan mengkoordinasi pelaksanaan dasar-dasar berkaitan keselamatan Malaysia.

Kini, MKN telah membenarkan untuk mengadakan majlis sosial dengan mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Baca juga:

Majlis Sosial Yang Perlu ikot SOP:


Berikut merupakan antara majlis sosial yang perlu mengikuti SOP yang ditetapkan:

  • Majlis Kenduri.
  • Majlis Perayaan.
  • Majlis Pertunangan, Pernikahan Atau Perkahwinan.
  • Majlis Resepsi, Majlis Aqiqah, Atau Doa Selamat.
  • Majlis Tahlil.
  • Majlis Sambutan Ulang Tahun.
  • Majlis Sambutan Hari Kelahiran.
  • Majlis Reunion.

Aktiviti Dan Protokol:


Berikut merupakan protokol-protokol yang perlu dipatuhi:

Deklarasi Vaksin SOP Kenduri:

  1. Hanya yang telah mendapat vaksin lengkap.
  2. Paparkan notis penerimaan individu yang telah lengkap vaksin sahaja di pintu masuk majlis.
  3. Sediakan petugas untuk memeriksa kad/ sijil digital vaksinasi di pintu masuk majlis.
  4. Penerima vaksin lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 18 tahun ke bawah.

Proses Ketibaan Tetamu SOP Kenduri:

  1. Menetapkan laluan keluar dan masuk tetamu.
  2. Sediakan petugas untuk memeriksa kad/ sijil digital vaksinasi di pintu masuk majlis.
  3. Petugas majlis juga perlu menjalani saringan kesihatan dan tidak bergejala.
  4. Pastikan para tetamu membersihkan tangan (hand sanitizer).
  5. Penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter mesti dipatuhi.
  6. Wajibkan memakai pelitup muka (face mask).
  7. Kehadiran tetamu hendaklah 50% daripada saiz keluasan ruang dan penjarakan fizikal.

Ruang Majlis:

  1. Lakukan pembersihan dan disinfeksi mengikut garis panduan KKM sebelum dan selepas majlis.
  2. Tempat majlis mempunyai ventilasi dan sistem pengudaraan yang baik.
  3. Susunan antara meja makan dengan jarak 2 meter dan jarak fizikal sekurang-kurangnya 1 meter bagi kerusi di meja.
  4. Sediakan makanan secara pack-food, hidang (served).
  5. Pramusaji/ petugas mesti memakai pelitup muka semasa menghidangkan makanan.
  6. Tetamu mengambil kedudukan seperti yang telah ditanda atau ditetapkan oleh penganjur.
  7. Mengelakkan sembang dekat.
  8. Tiada ktiviti bersalaman atau berpelukan.
  9. Tidak bersesak di dalam lif, tandas atau mana-mana ruang di tempat majlis dianjurkan.
  10. Dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis.
  11. Meninggalkan tempat majlis dengan teratur dan tidak bersesak-sesak.

Perkara Tidak Dibenarkan:


Berikut merupakan larangan di dalam majlis:

  • Hidangan makanan secara buffet layan diri.
  • Aktiviti tiup lilin.
  • Penganjuran di kawasan PKPD.
  • Peserta yang positif.
  • Peserta  yang Kontak rapat.
  • Bayi.

Maklumat Lanjut:


Untuk maklumat lanjut, sila layarilaman sesawang Majlis Keselamatan Negara atau hubungi di talian +603-8888 3021.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3