SOP Covid-19 Baharu Berkuatkuasa 1 Mei 2022


Berita baik buat seluruh rakyat di Malaysia, Menteri Kesihatan telah mengumumkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dengan mengambil pendekatan selamat dan cermat.

Kelonggaran SOP baharu ini berkait dengan beberapa perkara seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, check in mySejahtera, pengembara dan positif/negetif Covid-19.


SOP Covid-19 Baharu Berkuatkuasa 1 Mei 2022 1

Baca juga:

Tarikh Berkuatkuasa SOP Baharu:

SOP baharu akan berkuatkuasa mulai 1 Mei 2022.

Kelonggaran SOP Covid-19:

Berikut antara kelonggaran yang diberikan oleh KKM:

1. Protokol Uji & Lepas Bagi Kes Positif Covid-19:


Keputusan positif – Masih perlu melengkapkan 7 hari kuarantin.

Keputusan negetif – Kuarantin 4 selama Hari.

SOP Covid-19 Baharu Berkuatkuasa 1 Mei 2022 2

2. Kemasukan Ke Premis Tanpa Mengira Status Vaksinasi:


Kemasukan ke premis – Dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi.

Individu yang TIDAK dibenarkan adalah bagi individu yang positif Covid-19 dan individu yang sedang menjalani kuarantin (HSO).

3. Pemakaian Pelitup Muka Di Kawasan Terbuka TIDAK DIWAJIBKAN:


Kawasan Tertutup: WAJIB .

Kawasan Terbuka: TIDAK WAJIB namun DIGALAKKAN.

Pemakaian pelitup muka adalah MASIH DIWAJIBKAN di dalam bangunan, termasuk:


  1. Di dalam bagunan, pejabatan, pusat membeli-belah, lif.
  2. Dalam pengangkutan awam seperti bas, kereta api, dan kenderaan e-hailing.
  3. Dalam bilik darjah.

SOP Covid-19 Baharu Berkuatkuasa 1 Mei 2022 3

4. Penjarakan Fizikal:

Penjarakan fizikal tidak diperlukan, namun amat digalakkan bagi keadaan yang sesak dan berisiko tinggi.

5. Imbasan Kod QR MySejahtera TIDAK DIWAJIBKAN:


Aplikasi MySejahtera masih penting bagi tujuan pelaporan ujian COVID-19 dan HSO digital.

MySejahtera juga akan ditambahbaik dengan fungsi terbaru untuk mengawal penularan penyakit berjangkit.

SOP Covid-19 Baharu Berkuatkuasa 1 Mei 2022 4

6. Prosedur Untuk Pengembara:


Ujian COVID-19 pra-berlepas dan semasa ketibaan tidak lagi diperlukan untuk pelancong yang lengkap divaksinasi untuk memasuki Malaysia.

SOP Covid-19 Baharu Berkuatkuasa 1 Mei 2022 5

7. Senarai Negatif:

Senarai aktiviti yang dilarang oleh Majlis Keselamatan Negara sebelum ini telah dibenarkan.


Semua sektor ekonomi boleh beroperasi mulai 15 Mei 2022.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3