Apa kata anda ke Solesor Kampung Beach Resort di Port Dickson jika anda masih belum berminat untuk melancong ke luar negara.
Port Dickson mempunyai resort pantai kabin baharu yang unik, selesa dan dilengkapi dengan dua pool. Tidak perlu susah-susah lagi untuk mencari tempat berkelah, kerana anda akan mempunyai private beach untuk diri anda sendiri!
Baca juga: The Kelapa Cafe | Tropical Kafe Popular Di Langkawi – Perfect Untuk Trip 2022 Anda!
Senarai Kandungan
Solesor Kampong Beach Resort
Terletak dalam suasana alam semula jadi yang tenang dan indah, Solesor Kampong Beach Resort di Port Dickson adalah percutian yang indah. Bayangkan yang anda letih kerana bekerja keras selama berbulan-bulan.
Semasa anda melangkah ke premis Solesor Kampong Beach Resort, anda akan dibawa ke kabin yang indah dan unik di tepi pantai yang dipenuhi dengan semua yang anda perlukan untuk cuti sehari: katil yang selesa, kemudahan tandas peribadi dan yang paling penting, pantai persendirian! ☀️
Selepas anda meletakkan bagasi anda, anda harus pergi berjalan-jalan sekitar premis ini! Hotel tepi lautan ini mempunyai tempat yang sangat estetik untuk anda mengambil gambar untuk IG ada. Itu salah sebab anda pergi bercuti, bukan? 😉
Pool
Satu tempat yang anda mungkin ingin nikmati ialah 2 kolam besar (satu untuk dewasa dan satu untuk kanak-kanak!) yang menghadap ke lautan dan pantai persendirian.
Terdapat juga bean bags yang disediakan di sekeliling kolam untuk anda melihat anak-anak anda bermain air, atau untuk anda menikmati kehangatan matahari pada kulit anda sebelum anda pula berenang!
Matahari Terbenam
Selepas anda membesihkan diri di bilik mandi peribadi kabin anda, anda boleh duduk di anjung dan menikmati pemandangan matahari terbenam yang amat romantis. Dan apabila hari semakin gelap, anda boleh terus berehat di atas katil yang selesa sesuai untuk dua orang. Sungguh selesa!
Sebelum check-out, pastikan anda tidak lupa untuk mengabdikan kenangan yang indah dengan berlatar belakangkan kabin yang berwarna ceria dan terang ini, ya!
Teruja untuk melihat hotel baharu ini di Port Dickson? Tempat mesra keluarga ini sesuai untuk penginapan anda yang seterusnya. Kongsi ini dengan orang tersayang anda untuk merancang percutian anda yang seterusnya =)
Harga
Solesor Kampong Beach Resort, Lot 4003, Jalan Batu 12, Kampung Baru Telok Pelanduk, 71050 Si Rusa, Negeri Sembilan
Instagram | Lokasi
Related Posts
- Jom Serbu Euro Fun Park, Bukit Jalil | Sehingga 18 September 2022 !
- 6 Kafe Latest Di Pulau Pinang Yang Harus Anda Kunjungi !
- Paku Dan Pontianak, KL | Cafe Halal Bertemakan Horror !
- Kak La Nasi Berlauk | Makanan Authentic Kelantan Hanya 14 KM Dari KL
- Nikmati Lebih 400 Hidangan Authentic Di Japanese Buffet Restaurant Jogoya KL