Solat Dhuha & Doa Dhuha – Rumi & Lengkap [JAKIM]

Solat Dhuha & Doa-doa ringkas – panduan untuk pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai solat sunat dhuha ini.

Solat Dhuha merupakan antara solat sunat yang dituntut dalam agama Islam. Solat sunat ini juga disebut sebagai ‘amalan pembuka rezeki‘.

Maksud Dhuha


Dhuha (الضحى‎) secara bahasanya bermaksud “Waktu Pagi” atau “Sinar Pagi”. Jadi, solat sunat dhuha perlu dilakukan antara waktu Solat Subuh & Solat Zuhur.

Terdapat banyak hadis & nas yang menyebut tentang kelebihan solat dhuha ini, antaranya :

hadis solat sunat dhuha

Waktu Solat Dhuha


Bilakah waktu yang dibolehkan untuk solat sunat dhuha?

Solat dhuha bermula pada terbitnya matahari sehingga tergelincir matahari.

Terbitnya matahari iaitu sekitar 20-30 minit selepas terbitnya matahari.

waktu solat sunat dhuha

 

Bilangan Rakaat Solat Sunat Dhuha


Solat Dhuha boleh dilakukan hanya 2, 4, 6 atau 8 rakaat. Ianya dilakukan dengan setiap 2 rakaat 1 salam.

rakaat solat sunat dhuha

Baca Juga : Solat Sunat Tahajjud

Cara Solat Dhuha & Doa


Berikut adalah cara untuk mengerjakan Solat Sunat Dhuha.

1. Lafaz Niat


lafaz niat solat sunat dhuha

Usollii Sunnatad-Dhuha Rak’ataini Lillaahi Ta’alaa

Bermaksud : Sahaja aku Solat Sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala.

2. Baca Surah Al-Fatihah


3. Membaca Surah


Ringkasnya, tiada penetapan khas untuk pembacaan surah. Anda bebas membaca mana-mana surah yang dihafal dalam semua solat sunat.

Tetapi antara surah-surah yang dianjurkan ulama dalam solat dhuha ialah:

Ayat Kursi (Rakaat Pertama) dan Al-Ikhlas (Rakaat Kedua) atau;
As-Syams (Rakaat Pertama) dan Ad-Dhuha (Rakaat Kedua) atau;
Al-lail (Rakaat Pertama) dan Al-Insyirah (Rakaat Kedua).

bacaan surah solat dhuha

Kemudian solat diteruskan seperti biasa sehingga cukup 2 rakaat.

4. Bacaan Semasa Sujud Akhir


Pada sujud akhir anda sebelum tahiyat akhir, bacalah zikir berikut:

doa dhuha ketika sujud

Wahab Li Ya Wahhab Ilman Wa Hikmatan War Zurqni Ya Razzaq Kulli Musahala

Maksudnya: Berikan kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah & murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki. Jadikanlah ia mudah bagiku.

* Bacaan ini tidak wajib. Solat sunat tetap sah walaupun tidak dibaca.

Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan

5. Zikir & Doa Dhuha


Selepas selesai memberi salam, anda digalakkan untuk membaca doa berikut :

Doa ringkas solat sunat dhuha

Untuk lebih mudah, anda boleh tonton video dari UNIC ini.

Kelebihan Solat Sunat Dhuha


Antara kelebihan solat dhuha adalah tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat, ganjaran pahala, pintu rezeki dibuka seluas-luasnya & banyak lagi kelebihannya.

kelebihan solat sunat dhuha

Oleh itu, marilah kita sama-sama amalkan Solat Sunat beserta doa Dhuha ini di dalam kehidupan seharian walaupun kita sibuk dengan urusan dunia. Luangkan sedikit masa untuk akhirat anda.

Portal Malaysia berharap agar panduan ini berguna & bermanfaat untuk pembaca sekalian.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3