SMUE 2.0 (Skim Mesra Usia Emas) 2021 Bantuan RM100 Untuk Warga Emas
Berita baik bagi penerima dan pemohon baru Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 2.0, skim ini telah bertambah lagi dengan pemberian baucar Jom Shopping serta penambahan bantuan khairat kematian dengan nilai RM500 yang telah dilancar bermula 1 Januari 2021.
Kami dari Portal Malaysia ingin berkongsi maklumat lanjut untuk rujukan penerima serta pemohon baru bagi tahun 2021.
Baca Juga : Jaringan Prihatin: Internet Percuma & Rebat Beli Telefon Baru RM180
Apakah Skim Mesra Usia Emas 2.0 (SMUE)?
SMUE diwujudkan pada tahun 2009 yang bertujuan menmanfaat golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) di Negeri Selangor yang menepati syarat kelayakan yang disediakan.
Pada 30 November yang lalu telah diumumkan Bajet Negeri Selangor oleh YAB Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amiruddin bin Shari telah mengumumkan, penambahan pakej dalam SMUE 2.0 iaitu manfaat khairat kematian yang diwujudkan semula bermula pada Januari 2021.
Oleh itu, bermula 1 Januari 2021, semua ahli SMUE akan menerima 2 jenis manfaat ini, iaitu baucar beli-belah RM 100.00 pada bulan kelahiran dan juga khairat kematian bernilai RM 500.00.
Manfaat SMUE 2.0
Dua jenis manfaat tersebut adalah seperti berikut:
1. Baucar Beli-Belah RM 100 (Manfaat Semasa Hidup)
- Penerima pula akan menerima baucar beli-belah RM 100 di pasaraya terpilih pada bulan kelahiran mereka. Penyerahan manfaat ini akan dibuat melalui pejabat Pusat Khidmat DUN.
- Penerima pula dikehendaki untuk memastikan maklumat seperti nombor telefon dan yang berkaitan sentiasa dikemaskini bagi mengelakkan ahli terlepas daripada menerima manfaat ini.
- Pengemaskinian maklumat anda boleh dibuat secara atas talian di e-mesra.yawas.my atau pergi saja ke Pusat Khidmat DUN yang terdekat atau pejabat YAWAS.
2. Khairat Kematian RM500 (Manfaat Selepas Kematian)
- bagi tuntutan khairat kematian SMUE boleh dibuat sekiranya simati dan nama pewaris telah didaftarkan di bawah SMUE sahaja.
- Wang khairat kematian hanya akan dibayar secara one-off kepada nama pewaris yang telah didaftarkan di dalam sistem.
- Pembayaran akan dibuat samada dalam bentuk tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN atau pindahan wang terus ke akaun pewaris. (rujuk Proses Tuntutan Wang Khairat Kematian)
- Sekiranya nama simati masih belum didaftarkan, maka pewaris perlu membuat permohonan SMUE terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan khairat kematian di atas nama simati. (Sila rujuk syarat-syarat permohonan SMUE untuk lebih lanjut)
- Bagi permohonan selepas kematian pula hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh simati meninggal dunia. (tertakluk bagi kematian mulai 1 Januari 2021 sahaja)
Kategori Kelayakan SMUE 2.0
- Permohonan SMUE terbahagi kepada 2 kategori iaitu:
- Kategori Warga Emas (60 tahun dan ke atas)
- Kategori Orang Kelainan Upaya(OKU)
- Permohonan boleh dibuat sama ada:
- Semasa hidup
- Selepas kematian
- Didaftarkan oleh pewaris (rujuk Senarai Pewaris Terdekat)
- Kematian bermula (1 Januari 2021)
- Permohonan mestilah dalam tempoh 6 bulan selepas kematian
Syarat Kelayakan
A) Kategori Warga Emas
- Warganegara Malaysia
- Berumur 60 tahun dan ke atas
- Masih hidup; ATAU
- Telah meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
- Lahir di Negeri Selangor ATAU Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU
- **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN
- Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja); DAN
- Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
B) Kategori OKU
- Warganegara Malaysia
- Masih hidup; ATAU
- Telah meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
- Tiada had umur bagi yang lahir di Negeri Selangor ATAU Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU
- **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN
- Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja); DAN
- Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
NOTA: Pengundi bagi kategori OKU hanya tertakluk kepada yang layak mengundi iaitu berumur 21 tahun dan ke atas sahaja.
Baca juga: SPS Prihatin Wanita: Permohonan Caruman RM163 Untuk Wanita Bekerja Sendiri 2021
Cara Permohonan Skim Mesra Usia Emas 2.0
- Permohonan SMUE boleh dibuat secara manual atau secara atas talian di e-mesra.yawas.my.
- Bagi permohonan secara manual, pemohon boleh juga mendaftar di pejabat Pusat Khidmat DUN yang terdekat (dalam kawasan Negeri Selangor sahaja).
- Permohonan yang dibuat secara atas talian pula, pemohon perlulah mencetak borang permohonan selepas selesai pendaftaran dibuat
- Setiap permohonan yang dibuat (manual atau atas talian) perlu juga melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dengan lengkap. (Rujuk maklumat di Senarai Dokumen Sokongan)
- Kegagalan menghantar dokumen yang lengkap akan menyebabkan permohonan tidak lengkap sekaligus melambatkan proses penerimaan manfaat anda.
- Permohonan yang dibuat secara atas talian (online), borang dan dokumen sokongan hendaklah dihantar dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online dibuat.
- Borang dan dokumen sokongan boleh dihantar di:
- Pusat Khidmat DUN berdekatan kawasan tempat tinggal; ATAU
- Pejabat YAWAS
Boleh muat turun borang permohonan di SINI: http://e-mesra.yawas.my/borang/smue_borang_2020.pdf
Semakan Ahli
Ahli yang telah mendaftar boleh membuat semakan secara online di pautan ini: http://www.smue.yawas.my/admin/online_semakan.php
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian YAWAS: 03 5481 8800
ATAU
E-mel: [email protected]
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.
Layari laman sesawang e-mesra.yawas.my untuk maklumat lanjut.