Login SMPK 2023 : KPM Moe Prasekolah


SMPK Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan 2023. Login SMPK prasekolah KPM moe. gov. my untuk kemaskini dan isi data murid tadika kemas/ perpapaduan dan swasta sebelum masuk Tahun 1.

Apa Itu SMPK Prasekolah


SMPK merupakan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan.

Secara ringkasnya, ianya adalah sistem pangkalan data yang mengumpul maklumat pelajar daripada pelbagai institusi prasekolah termasuk institusi prasekolah swasta.

Data ini penting untuk kerajaan (melalui Kementerian Pendidikan Malaysia) kerana ia memudahkan tugas memantau dan menilai pendidikan di peringkat prasekolah secara lebih menyeluruh dan teliti.

Sistem ini amat digalakkan untuk setiap guru prasekolah bagi mengemaskini semua maklumat murid mereka dengan tepat.

Cara Login SMPK Prasekolah KPM 2023

Bagi pengguna-pengguna (pihak sekolah & para guru) yang ingin kemaskini maklumat di SMPK ini, sila ikuti langkah mudah di bawah :

login smpk

1. Pergi ke laman rasmi SPMK : https://smpk.moe.gov.my/

2. Login ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah diberikan.

3. Klik menu ‘Institusi’ untuk kemaskini.

4. Tekan pada menu ‘Senarai Kelas’ untuk kemaskini kelas.

Anda digalakkan untuk kemaskini sistem maklumat murid prasekolah sama ada prasekolah kebangsaan mahupun swasta.

Perbezaan SMPK Dan ePrasekolah

SMPK sebenarnya berfungsi seperti eOperasi untuk guru prasekolah dan tadika. Ia merupakan tapak pengurusan sekolah yang digunakan secara meluas oleh semua pentadbir dan guru.

Manakala ePrasekolah lebih kepada APDM tetapi bukan untuk merekod kehadiran. Sebaliknya, ianya khas untuk ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka yang akan memasuki tadika atau prasekolah pada tahun hadapan.

Info Lanjut

Antara matlamat utama sistem SMPK ini ialah :

  • Membangunkan sistem maklumat yang bersepadu untuk murid prasekolah
  • Capaian data di semua peringkat mudah diakses
  • Penyelarasa maklumat dan pengurusan untuk peringkat pelaksanaan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan masalah, sila emel ke [email protected]


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3