SKUAD KENARI BAKAL UJI MOMENTUM – KDA FC


KDA FC

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akan memulakan aksi pra musim 2023 mereka dengan menentang Perlis United FC dalam perlawanan persahabatan itu malam esok.

Menerusi maklumat dikeluarkan KDA FC, perlawanan itu menjadi aksi pramusim sulung buat Sang Kenari itu dan langkah permulaan pasukan yang memulakan fasa suai kenal dengan corak permainan diatur bagi skuad kendalian ketua jurulatih Nafuzi Zain untuk musim baru 2023.

Dalam Perlawanan pembukaan yang dinantikan itu, KDA FC bakal bertandang ke Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah bagi perlawanan persahabatan menentang Perlis United FC yang juga aksi ‘derby’ utara yang akan berlangsung Jumaat ini jam 8.30 malam.

baca lagi artikel:

Skuad kendalian Nafuzi Zain yang kini sudah lengkap dengan 25 pemain dengan hanya menanti kehadiran dua pemain tonggak sahaja tinggal iaitu penjaga gol Kalamullah Al-Hafiz dan pemain naturalisasi Lee Tuck yang bakal menyarung jersi KDA FC sebaik menamatkan tugas mereka bersama Harimau Malaya pada saingan Piala AFF 2022.

Selain itu juga, persiapan sama juga dibuat skuad Liga Simpanan Kedah yang akan turut memulakan aksi persahabatan mereka dengan menentang skuad Liga Simpanan Penang FC yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Akmal Rizal untuk musim baharu ini.

Perlawanan menentang skuad Liga Simpanan Penang FC itu bakal berlangsung pada 13 Januari ini (Jumaat) pada jam 5 petang di Padang Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

“Ini juga merupakan ujian untuk menguji tahap kecergasan pemain yang nantikan buat semua pemain muda Sang Kenari dalam membina kecergasan  fizikal dan keserasian pasukan antara pemain menjelang aksi sebenar yang akan beraksi tidak lama lagi.Perlawanan persahabatan pramusim ini juga adalah persiapan pertama pasbuat skuad kendalian  ketua jurulatih Rosle Md Derus.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3