Skuad B-23 Kebangsaan – Laluan Getir Bertemu Juara Bertahan, Thailand!


Selamat Berjuang Skuad B-23. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Pasukan Harimau Muda Malaysia bawah 23 tahun akan bertembung dengan juara 16 kali, Thailand dalam siri ke 31 SEA Games Hanoi pada Mei nanti selepas dua negara ini di undi didalam kumpulan yang sama iaitu kumpulan B.

Skuad B-23 Kebangsaan - Laluan Getir Bertemu Juara Bertahan, Thailand! 2

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengeluarkan kenyataan di laman facebook hari ini bahawa pasukan Malaysia yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Australia, Brad Maloney juga diundi bersama Kemboja, Singapura dan Laos dalam acara bolasepak yang akan berlangsung dari 6 Mei sehingga 22 Mei di acara dwitahunan itu.

Skuad B-23 Kebangsaan - Laluan Getir Bertemu Juara Bertahan, Thailand! 3

Perjalanan Malaysia akan sukar apabila perlawanan pertama akan menentang Thailand pada 7 Mei dan seterusnya Laos pada 11 Mei, Singapura pada 14 Mei dan akan melengkapkan perlawanan kumpulan menentang Kemboja pada 16 Mei nanti. Kesemua perlawanan kumpulan B akan berlangsung di Stadium Thien Truong, Nam Dinh.

Skuad B-23 Kebangsaan - Laluan Getir Bertemu Juara Bertahan, Thailand! 4

Undian pada hari ini juga menyaksikan juara bertahan, Vietnam berada dikumpulan A bersama dengan Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor Leste. Hanya dua pasukan teratas kumpulan masing masing sahaja yang akan melayakkan diri ke pentas separuh akhir yang akan berlangsung pada 19 Mei dan perlawanan akhir akan berlangsung pada 22 Mei.

Pasukan kebangsaan bawah 23 tahun negara sebelum ini dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee telah gagal untuk melepasi peringkat kumpulan pada edisi tahun 2019 di Filipina walaupun beliau pernah membimbing pasukan negara mendapatkan pingat perak pada edisi tahun 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Skuad B-23 Kebangsaan - Laluan Getir Bertemu Juara Bertahan, Thailand! 5

Kali terakhir pasukan Malaysia memenangi “ibu kepada semua pingat” ini adalah pada tahun 2011 yang berlangsung di Indonesia apabila Datuk Ong Kim Swee jugalah yang membimbing pasukan kebangsaan.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3