Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) PERKESO


Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO (SKSSR PERKESO) merupakan satu skim bantuan kepada suri rumah yang akan dilaksanakan oleh PERKESO mulai 1 Disember 2022.

Skim ini bertujuan untuk menjaga kebajikan dan melindungi golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan menjejaskan tugas sebagai suri rumah.

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) PERKESO 1

Baca juga: Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan

Manfaat SKSSR


Skim ini akan memberi perlindungan kepada golongan wanita, sama ada suri rumah sepenuh masa atau separuh masa, daripada bencana domestik dan keilatan.

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
  2. Belum mencapai umur 55 tahun
  3. Suri rumah yang melakukan aktiviti berkaitan pengurusan rumah tangga.
  4. Membayar caruman bagi tempoh 12 bulan secara terlebih dahulu (advance payment).

Cara Perlaksanaan SKSSR

Melalui skim itu, suami boleh mencarum untuk isteri secara sukarela dan tiada tindakan untuk mereka yang gagal melaksanakannya.

Bagaimanapun, jika pasangan berkenaan bercerai atau suami terbabit tidak mampu membayar caruman isterinya akibat hilang punca pendapatan atau seumpamanya, maka komitmennya untuk membayar caruman adalah terbatal.

Bagi kes pasangan bercerai, isterinya atau suri rumah boleh membayar caruman SKSSR secara sukarela atau bayaran caruman tersebut juga boleh dibuat oleh mana-mana pihak ketiga.

Baca juga: Bantuan RM480 Untuk Suri Rumah B40

Tarikh Pelaksanaan

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO (SKSSR PERKESO) akan berkuat kuasa 1 Disember 2022.

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar sila layari laman sesawang PERKESO https://www.perkeso.gov.my/


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3