Melalui Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi, MAIWP telah mangagihkan bantuan kepada pemandu teksi sebagai deposit pembelian teksi untuk membantu pemandu teksi memiliki teksi sendiri.
Bantuan Desposit Sewa Beli Teksi ini adalah bertujuan untuk meringkan beban dan memudahkan pemandu teksi meraih pendapatan yang lebih baik. Baca perkongsian di bawah berkenaan Skim Zakat Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi :
Syarat Kelayakkan
Bagi pemandu teksi yang ingin membuat permohonan Skim Zakat Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi ini, anda mestilah syarat umum di bawah :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
✅Pemohon hendaklah beragama Islam
✅Warganegara Malaysia
✅Bermaustatin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
✅Tertakluk kelayakkan pengiraan Had al-Kifayah
Muat Turun Borang Permohonan
Untuk membuat permohonan Skim Zakat Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi, anda boleh memuat turun borang permohonan dan borang senarai semak di bawah :
Cara Mohon Dan Dokumen Yang Diperlukan
Bagi pemandu teksi yang sudah memenuhi kelayakkan dan ingin membuat permohonan Skim Zakat Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi ini. Anda perlulah mengikut keperluan di bawah :
📝Borang permohonan haruslah dimuat turun dahulu dan diisi
📝Satu keping gambar pemohon berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
📝Satu kad salinan kad pengenalan Pemohon, Suami, Isteri dan Anak-Anak dibawah tanggungan sahaja tidak termasuk anak yang telah berkahwin/bekerja. Surat akuan sumpah penjagaan dan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara perlu disertakan bagi yang mempunyai anak angkat. Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan :
📝Satu salinan penyata gaji / pencen /PERKESO.
✔️Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu dapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
✔️Bagi yang tiada slip gaji, anda perlu kemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri oleh Pesuruhjaya Sumpah. Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan adalah seperti di bawah :
📝Satu salinan bil uttiliti/cukai pintu rumah yang diduduki
📝Satu salinan lesen memandu/ lesen kenderaan awam (SPV)
📝Sebutharga daripada syarikat pembekal teksi bumiputera beserta SSM Syarikat (syarikat PROTON) bagi permit persendirian sahaja) & salinan surat pengesahan stok teksi sedia ada
📝Satu salinan surat kelulusan kenderaan perdagangan (SPAD) bagi permit persendirian & salinan kad pemandu teksi daripada SPAD
📝Satu salinan surat kelulusan pinjaman kenderaan dari institusi kewangan bagi permit persendirian
📝Satu salinan sijil pendaftaran perniagaan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi permit sendiri
📝Dibawah ialah senarai dokumen yang lain sekiranya berkaitan dengan permohonan
📁Bagi keluarga yang bercerai dokumen yang diperlukan ialah satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini
📁Bagi ahli keluarga telah meninggal dunia dokumen yang diperlukan ialah satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri
📁Bagi saudara baru dokumen yang diperlukan ialah satu salinan kad memeluk Islam
📁Bagi Orang Kelainan Upaya, salinan kad orang kelainan upaya (OKU) diperlukan
📁Bagi Pengidap sakit kronik dokumen yang diperlukan ialah surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja
📁Bagi yang sedang mengikuti pengajian di IPT, satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar diperlukan
📁Bagi ahli keluarga keluarga yang bermasalah, satu salinan laporan polis/ surat penjara diperlukan
📁Bagi yang telah muflis, satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi diperlukan
Senarai Kaunter
Bagi anda yang telah melengkapkan borang permohonan yang disertakan borang permohonan anda boleh menghantar borang dan dokumen di kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP seperti di bawah :
📍PAZA Cawangan Parlimen Putrajaya
Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No3 , Jalan Tunku Abdul Razak , Presint 3, 62100 PUTRAJAYA
No. Tel : 03 – 8871 5000
📍PAZA Cawangan Parlimen Batu
838, Tingkat Bawah, Sayap Kiri, Batu 4 , Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03 – 6259 6906
📍PAZA Cawangan Parlimen Bukit Bintang
Tingkat 3, UTC Pudu Sentral, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 – 2070 2004 / 03 – 2070 2005
📍PAZA Cawangan Parlimen Bandar Tun Razak
26, Pusat Perniagaan Danau Lumayan, Jalan Danau Lumayan 1, 56000 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 – 9191 0116
📍PAZA Cawangan Parlimen Wangsa Maju
No 19, Jalan 9/23E, Taman Danau KotaOff Jalan Genting Klang53300, Kuala Lumpur
No Tel : 03-4131 0469PAZA Cawangan Parlimen Titiwangsa
Mini UTC Keramat, Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur
No Tel : 03 – 4251 8524
📍PAZA Cawangan Parlimen Seputeh
Lot 4-G & 4-1, Medan Klang Lama 28, 58100 KUALA LUMPUR
No Tel : 03 – 7772 9423
📍PAZA Cawangan Setiawangsa
No 11-G , Jalan Wangsa Delima 13, 53300 KUALA LUMPUR
No tel : 03 – 4142 0515
📍PAZA Cawangan Parlimen Lembah Pantai
No 93, Tingkat bawah, Jalan Bangsar, 51200 Kuala Lumpur
No tel : 03 – 2202 0937
📍PAZA Cawangan Parlimen Segambut
C-0-3A, M Avenue, Jalan Segambut1-38A, Segambut Bahagia, 51200 KUALA LUMPUR
No tel : 03 – 6243 4080 / 03 – 6243 4081
📍PAZA Cawangan Labuan
Lot 2-2 Aras 2 UTC Labuan Pasar Sentral Labuan 87000 Labuan
No. Tel : 087-744 2492
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh rujuk atau hubungi ke :
📍Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Aras G,1,20,22,
Bangunan PERKIM No. 150,
Jalan Ipoh,
Kuala Lumpur, 51200, Malaysia
☎️03- 4047 9444