Skim Smart Sewa Selangor: Jom Sewa Sambil Beli Rumah


Pleuang Khas bagi rakyat Selangor yang berpendapatan rendah atau sederhana, anda boleh menyewa sambil memiliki rumah di Selangor melalui skim Smart Sewa Selangor yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Tempoh Penyewaan


Bagi pemohon yang layak bagi mendapatkan Smart Sewa Selangor, tempoh penyewaan adalah seperti berikut:

  • Minimum: 2 tahun
  • Maksimum: 5 tahun

Deposit penyewaan adalah:

Sewa 2 Bulan + Sewa Semasa (1 Bulan) + Caj Utiliti + Lain2 caj

Skim Smart Sewa Selangor: Jom Sewa Sambil Beli Rumah 2

Baca Juga: Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Untuk Pencarum

Lokasi

Lokasi rumah yang ditawarkan boleh semak melalui link ini >>> http://phssb.com/skim-smart-sewa/.

Syarat Permohonan

Bagi pemohon yang ingin memohon Smart Sewa Selangor ini, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon.
  • Pemohon berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan.
  • Pendapatan seisi keluarga pemohon mestilah:
    • Tidak melebihi RM5,000 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah.
    • Tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah.
  • Pemohon atau suami atau isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor.
  • Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan) atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa yang dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja;
  • Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.

Cara Mohon

  1. Anda boleh Muat turun borang permohonan di link http://phssb.com/borang/
  2. Sila Isi borang dan sertakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  3. Scan dan email borang permohonan serta dokumen ke [email protected]

Pemohon juga boleh mengambil borang permohonan di pejabat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd iaitu:

Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Baca Juga: Bantuan EFS RM1,000 Untuk Anak Yang Baru Lahir

Dokumen Sokongan

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan surat nikah/surat pendaftaran perkahwinan/surat cerai
  • Salinan sijil kelahiran (MyKad/MyKid) anak
  • Salinan MyKad/MyKid tanggungan (selain anak)
  • Penyata Gaji 3 bulan terkini
  • Salinan KWSP
  • Salinan Penyata Bank 3 bulan terkini
  • Salinan pengesahan pendapatan terkini pemohon dan pasangan dengan perakuan dari Pesuruhjaya Sumpah
  • Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU), jika berkenaan
  • Salinan surat pengesahan doktor, jika berkenaan
  • Salinan bil elektrik & bil air terkini kediaman sekarang
  • Salinan Daftar Undi

Maklumat Lanjut

Sila hubungi pihak Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd ditalian untuk sebarang pertanyaan lanjut:

  • Pejabat : 03-5524 0233/0253/019-3330976
  • Cik Rosha : 017-9777204
  • Pn Fatehah: 017-9387537
  • Pn Ros : 017-4163990
  • En Fawie : 011-13020487
  • En Afizie : 019-4406828

Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3