Skim Smart-Sewa diwujudkan oleh kerajaan negeri Selangor kepada rakyat Selangor untuk memiliki rumah kediaman sendiri dengan cara sambil menyewa sambil membeli.
Skim Smart Sewa Selangor ini ditawarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana dan 30% daripada jumlah sewaan bersih akan digunakan untuk membayar deposit pembelian.
Tempoh penyewaan
- Maksimum 5 tahun
- Minimum 2 tahun
- Deposit (bengantung pada kadar sewa semasa): Sewa 2 Bulan + Sewa Semasa (1 Bulan) + Caj Utiliti + Lain2 caj
Baca juga: Mohon Program Rumah PPRT 2022 Dengan Mudah
Syarat Kelayakan Permohonan
- Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon;
- Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
- Pendapatan seisi keluarga iaitu;
- Tidak melebihi RM5,000.00 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah;
- Tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah;
- Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
- Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan); atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja;
- Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.
Lokasi Skim Smart-Sewa
- Pangsapuri Seri Akasia, Taman Puchong Prima, Puchong(Kadar sewa RM750 – KEMASUKAN SEGERA)
- Pangsapuri Alpinia, Puchong (50 Unit, Kadar sewa RM750 – KEMASUKAN SEGERA)
- Pangsapuri Simfoni, Eco Majestic, Semenyih (13 Unit sahaja, Kadar sewa RM650 – DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN)
- Pangsapuri Gapura Bayu, Jade Hills, Kajang, Selangor(Kadar Sewa RM750 – KEMASUKAN SEGERA)
- Pangsapuri Taming Mutiara, Bandar Sungai Long, Kajang (Kadar sewa RM800 – KEMASUKAN SEGERA)
- Pangsapuri Damai Utama, Bandar Kinrara, Puchong (Kadar sewa RM550-650 – KEMASUKAN SEGERA)
- Rumah Bandar, Kota Puteri (Kadar Sewa RM680 – KEMASUKAN SEGERA)
- Pangsapuri Serunai, Bukit Raja, Klang (Kadar Sewa RM800 – DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN)
Dokumen Sokongan
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan surat nikah/surat pendaftaran perkahwinan/surat cerai
- Salinan sijil kelahiran (MyKad/MyKid) anak
- Salinan MyKad/MyKid tanggungan (selain anak)
- Penyata Gaji 3 bulan terkini
- Salinan KWSP
- Salinan Penyata Bank 3 bulan terkini
- Salinan pengesahan pendapatan terkini pemohon dan pasangan dengan perakuan dari Pesuruhjaya Sumpah
- Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU), jika berkenaan
- Salinan surat pengesahan doktor, jika berkenaan
- Salinan bil elektrik & bil air terkini kediaman sekarang
- Salinan Daftar Undi
Cara Memohon
- Permohonan Skim Smart Sewa >> KLIK DISINI
- Muat turun borang: http://phssb.com/borang/
- Hantarkan borang beserta dokumen lengkap ke:
Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
atau
Scan & Email ke: [email protected]
Maklumat Lanjut
Talian: 03 5102 9612 / 019-3330976 (Pejabat)
Emel ke [email protected]
Layari laman sesawang PHSSB