Home » Bantuan » Skim Rumah Pertamaku: Cara Mohon Pinjaman Tanpa Perlu Deposit

Skim Rumah Pertamaku: Cara Mohon Pinjaman Tanpa Perlu Deposit

Adakahanda tahu kewujudan Skim Rumah Pertamaku (My First Home)? ia adalah sebuah skim pinjaman perumahan yang terbuka kepada kakitangan di sektor awam & swasta, termasuk mereka yang bekerja sendiri.

Melalui skim ini, pemohon yang layak bakal menerima pembiayaan pinjaman perumahan sehingga 110%, bermaksud pinjaman tanpa deposit 10% yang biasa dikenakan untuk membeli rumah.

Dan lagi satu, jangan ingat penjawat awam saja yang boleh dapat bantuan-bantuan perumahan, pekerja swasta dan yang bekerja sendiri pun layak pun layak untuk memohon skim ini.

Portal Malaysia ingin kongsikan lebih lanjut tentang Skim Rumah Pertamaku.

Apakah Skim Rumah Pertamaku?

Skim Rumah Pertamaku (SRP) adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia.

Ia diperkenalkan untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5,000 setiap pemohon) untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat dan membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di
https://t.me/bantuankerajaan

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan individu bagi memohon Skim Rumah Pertamaku (SRP).

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Pembeli rumah pertama sahaja
  3. Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
  4. Pemohon individu atau bersama
  5. Pendapatan kasar bulanan isi rumah:
    • Tidak lebih daripada RM5,000 – bagi pemohon individu/bersama
    • Lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 – bagi pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000)
  6. Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas

Baca juga: i-Citra KWSP September 2021 Dah Masuk! Cara Semak Status Dan Jadual Pembayaran

Keperluan Pembiayaan Skim Rumah Pertamaku

Jika pemohon telah menepati semua syarat kelayakan di atas, ada beberapa lagi syarat pembiayaan yang perlu diketahui juga ya.

Berikut adalah keperluan pembiayaan Skim Rumah Pertamaku (SRP):

  1. Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaan
  2. Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran)
  3. Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  4. Insurans / takaful kebakaran diwajibkan
  5. Untuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000:
    • Wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK dan boleh diakses dalam portal AKPK RumahKu di https://learn.akpk.org.my
    • Tempoh moratorium selama 5 tahun

Bank Yang Terlibat

Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim Rumah Pertamaku (My First Home Scheme) ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank yang terlibat seperti berikut:

  • Affin Bank Berhad
  • Maybank Islamic Berhad
  • Alliance Bank Malaysia Berhad
  • Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad
  • OCBC Al Amin Berhad
  • AmBank Berhad
  • AmIslamic Bank Berhad
  • Public Bank Berhad
  • Public Islamic Bank Berhad
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • RHB Bank Berhad
  • Bank Muamalat Malaysia Berhad
  • CIMB Bank Berhad
  • CIMB Islamic Bank Berhad
  • Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
  • Standard Chartered Saadiq Berhad
  • Hong Leong Bank Berhad
  • Hong Leong Islamic Bank Berhad

Baca juga: IMSTART: Cara Mohon Bantuan RM10,000 Untuk Peniaga / PKS (Iskandar Malaysia Startup Grant)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Skim Rumah Pertamaku (SRP) di pautan berikut: http://www.srp.com.my/

Disclaimers – Bahan artikel portalamalaysia share diatas merupakan panduan dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Skim Rumah Pertamaku: Cara Mohon Pinjaman Tanpa Perlu Deposit” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!