Cara Daftar Skim Rumah Pertamaku (SRP) – Rumah Untuk Pekerja Swasta

Amat mustahil bagi golongan muda yang baru saja bekerja untuk terus memiliki sebuah rumah. Terutamanya, bagi pekerja di sektor swasta.

Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan skim rumah pertamaku (SRP) untuk memudahkan pekerja di dalam sektor swasta untuk membeli rumah pertama mereka dengan lebih menjimatkan.

SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)

Skim rumah pertamaku (SRP) adalah bajet yang pernah dibentangkan oleh perdana menteri terdahulu pada tahun 2011 untuk membantu golongan muda yang baru sahaja bekerja dan ingin membeli rumah pertama mereka. Bantuan ini hanya terbuka kepada pekerja di sector swasta yang berpendapatan kurang RM 5,000 sebulan. dengan pembaiyaan nilai hartanah sehingga RM500k

Faedah yang akan didapati melalui skim ini adalah mereka tak perlu membayar 10% wang pendahuluan dari harga yang telah ditawarkan. Hal ini kerana, kerajaan yang akan membayarkan untuk mereka yang telah Berjaya daftar dan memenuhi syarat-syarat yang tertera.

Dengan Skim ini ianya memberi ruang kepada pembeli rumah pertama untuk dapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat dan tak perlu bayar wang pendahuluan

Semua ini akan dijamin oleh Cagamas SRP Berhad (“CSRP”)  sehingga 20% pertama atas dasar ‘kerugian pertama’.

Syarat Kelayakkan Permohonan

Berikut adalah syarat yang anda perlu penuhi sebelum membuat permohonan srp ini.

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pembeli rumah pertama
  • Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
  • Pemohon individu atau bersama
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah:
    • Tidak lebih daripada RM5,000 – bagi pemohon individu/bersama
    • Lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 – bagi pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000)
  • Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas

Maklumat Lanjut Rujuk : Syarat dan Krateria SRP

Senarai Bank Yang Buat Tawaran Pinjaman SRP

  • Affin Bank
  • Affin Bank Islamic
  • Alliance Bank
  • Alliance Islamic Bank
  • Ambank
  • Ambank Islamic
  • Bank Islam
  • Bank Muamalat
  • Bank Of China
  • Cimb Bank
  • Cimb Islamic
  • HongLeong Bank
  • HongLeong Islamic bank
  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • MBSB Bank
  • OCBC Bank
  • OCBC Al-Amin
  • Public Bank
  • Public Islamic Bank
  • RHB
  • Standard Chartered
  • Standard Chartered Saadiq
  • UOB

Cara Untuk Mendaftar Bagaimana?

Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat.

Apakah tempoh pembiayaan maksimum?

Tempoh maksimum pembiayaan adalah 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebih daripadai 70 tahun pada akhir tempoh pembiayaan dan polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.

Saya bekerja sendiri dan purata pendapatan saya sebulan ialah RM2,000. Adakah saya layak untuk skim ini?

Ya, skim ini adalah terbuka kepada kakitangan di sektor awam dan swasta, termasuk mereka yang bekerja sendiri.

Siapa yang layak sebagai pemohon bersama?

Pemohon bersama merangkumi pasangan, ibu bapa, anak atau adik beradik (yang tinggal bersama di rumah baru), dengan syarat mereka memenuhi kriteria lain.

Tambahan FAQ Boleh Rujuk –> FAQ SRP
Semoga info ini bermanfaat untuk anda yang nak belu rumah pertama.

2 thoughts on “Cara Daftar Skim Rumah Pertamaku (SRP) – Rumah Untuk Pekerja Swasta”

  1. Klu saya Ada rumah tapi rumah mak saya atas Nama saya Di Bry oleh mak saya…blh ke saya beli rumah utk saya.

    Reply

Leave a Comment