Skim Perantisan Nasional (SPN): Cara Mohon Program Kerjaya Inisiatif Kementerian Belia Dan Sukan


Skim Perantisan Nasional (SPN): Program Kerjaya Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan

Berita Baik bagi para belia yang sedang mencari pekerjaan, anda dijemput untuk menyertai program Skim Perantisan Nasional (SPN).

Skim Perantisan Nasional merupakan sebuah program inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Kerjaya Raya.

Pendaftara sudah dibuka & peserta yang diterima masuk ke program ini akan dibayar elaun bulanan RM1,200 hingga RM2,000 bergantung kepada kelayakan akademik anda.

Objektif

  • Objektif utama SPN adalah untuk memberikan pengalaman pekerjaan kepada para belia yang terpilih serta jaminan pekerjaan.
  • Selain itu, peserta juga akan menjalani latihan kemahiran atau on-job training serta meningkatkan soft-skill mereka, satu kemahiran yang sangat penting dalam dunia pekerjaan sebenar.
  • Program ini berkonsepkan “place and train” dimana peserta akan dihantar ke sesuatu syarikat untuk latihan dan sekiranya mempamerkan keputusan bagus, peluang untuk meneruskan kerjaya di syarikat tersebut adalah terjamin.
  • Program SPN juga bertujuan untuk menyediakan sistem sokongan kepada para belia untuk mendapatkan pekerjaan, seterusnya membantu mengurangkan kadar penganggngguran dalam kalangan belia.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN? Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di https://t.me/bantuankerajaan

Syarat kelayakan

Permohonan bagi program SPN ini hanya terbuka kepada para belia yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Berumur tidak melebihi dari 35 tahun.
  3. Memiliki SPM/ STPM/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf kerajaan dalam dan luar negara atau kelayakan lain yang setaraf dengannya.
  4. Sanggup mengikuti program sepenuh masa.
  5. Boleh berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
  6. Tidak bankrap
  7. Tiada rekod jenayah

Baca juga: myPDPP: Pengambilan Khas Guru Kontrak DG41 (One-Off) 2021

Cara memohon

Sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Sila layari laman web SPN di http://perantisan.kbs.gov.my/kriteria.php
  2. Sila klik pada butang “Permohonan”
  3. Boleh isi kesemua maklumat yang diperlukan
  4. Sila sertakan dokumen berikut:
    • Resume
    • Gambar berukuran passport

Selepas menghantar borang permohonan, pihak urus setia SPN akan menghubungi pemohon melalui emel dalam tempoh 30 hari selepas tarikh permohonan anda dihantar.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut,anda boleh menghubungi pihak KBS melalui cara berikut:

Alamat:

Sekretariat Skim Perantisan Nasional (SPN), Aras 11, Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya

Telefon:

03-8871 3265/3264/3463

Emel:


[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]

Pegawai bertugas:

Puan Suraya binti Sulaiman – 03-88713265
Cik [email protected] binti Kopong – 03-88713264
Encik Mohamad Akmal bin Md Ruslan – 03-88713463

Baca juga: Bayaran BPR Fasa 3 Dah Masuk – Pembayaran Sehingga RM2,300!

Disclaimers – Semua artikel admin share dihalaman ini sekadar panduan dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Skim Perantisan Nasional (SPN): Cara Mohon Program Kerjaya Inisiatif Kementerian Belia Dan Sukan” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.



APDM
EOperasi KPM Login
ESPKWS KPM Login
mybsn
Semakan KWSP 2.0
BKM 2022
SPLKPM
PTPTN Login 2022
Penyata Gaji
SPA9
Doa Buka Puasa
Doa Dhuha
MySalam
KWSP 2.0 10k upu online