Portal Malaysia
No Result
View All Result
Portal Malaysia
No Result
View All Result
Portal Malaysia
No Result
View All Result
Home Bantuan

Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS)

portalmalaysia by portalmalaysia
July 16, 2020
in Bantuan
Reading Time: 3min read
0
  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger

Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS) merupakan skim pembiayaan Mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak cv19. Skim ini adalah bertujuan untuk memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada yang telah terkesan dan merundum akibat pendemik yang melanda negara kita Malaysia. Baca artikel di bawah untuk perkongsian yang lebih terperinci berkenaan tentang Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN :

Kriteria Kelayakan Skim Pemulihan Perniagaan Tekun

Bagi usahawan mikro yang berniat untuk membuat permohonan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN, di bawah ialah syarat kelayakan dan kriteria yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan :

ArtikelBerkaitan

Tarikh Jadual Bayaran i Lestari KWSP Mac 2021 – Jadual Baru

Semakan BPR Bantuan Prihatin Rakyat. BPR Fasa 1 Dah Masuk!

Surat Rasmi – Contoh Format Surat Yang Betul 2021

  • Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
  • Berumur 18-60 tahun
  • Perniagaan yang terlibat sama ada secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan
  • Mempunyai pendaftaran SSM atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
  • Bebas daripada tindakan kebankrapan
  • Mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (untuk usahawan sedia ada)

Jenis Sektor Perniagaan Yang Layak

Adakah sektor perniagaan anda layak membuat permohonan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN ini?

  • Ya! Kerana ia terbuka kepada semua sektor perniagaan

Jumlah Amaun Perniagaan dan Jadual Bayar Balik

Jumlah amaun pembiayaan atau pinjaman yang akan ditawarkan kepada Usahawan Mikro melalui Skim Pembiyaan Mikro-PENJANA ini adalah sebanyak :

  • RM 1,000.00 hingga RM 10,000
  • Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah 1 tahun hingga 3 tahun

Kadar Keuntungan

Kadar keuntungan yang akan dikenakan kepada peniaga adalah sebanyak :

  • 3.5% setahun

Cara Membuat Permohonan

Bagi Usahawan Mikro yang ingin membuat permohonan bagi Skim Pemulihan Perniagaan Tekun ini, anda boleh ikuti cara di bawah untuk membuat permohonan Skim tersebut :

  • Usahawan boleh menghantar permohonan melalui Pejabat TEKUN Cawangan yang berdekatan dengan premis / lokasi perniagaan pemohon
  • Maklumat pejabat cawangan TEKUN di seluruh negara boleh dilayari melalui link ini https://www.tekun.gov.my/ms/connections/

Dokumen Yang Perlu Dibawa Masa Membuat Permohonan 

Untuk membuat permohonan anda perlu pergi ke Pejabat TEKUN Cawangan yang berdekatan dengan lokasi perniagaan anda dan anda perlu sertakan sekali dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan bagi membuat permohonan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN. Di bawah ialah senarai dokumen sokongan yang diperlukan :

  • Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN (JPP/BORANG/02)
  • Borang Penzahiran Kebenaran Maklumat Individu (JPP/BORANG/17)
  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Surahanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan Penyata Akaun Bank Individu untuk 1 bulan terkini
  • Salinan salah satu Bil Utiliti terkini (elektrik/air/telefon/syarikat TV berbayar)

Hati-Hati Dengan Pihak Ketiga

  • Bagi Usahawan Mikro yang ingin membuat permohonan pastikan anda membuat permohonan di pebajat cawnagan TEKUN dan betul dan tidak membuat permohonan pembiayaan dengan mana-mana pihak kerana pihak TEKUN Nasional tidak melantik ejen atau pihak ketiga dalam menguruskan permohonan pembiayan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS)

Infografik Program

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut yang anda ingin tahu, anda boleh rujuk atau hubungi ke :

No tel : 03-9059 8888

No Faks : 03-9059 9292

Emel : [email protected]

Sumber asal : Portal Rasmi Tekun

Penafian – Bahan yang kami kongsikan diatas hanyalah panduan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS)” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.
  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Result
View All Result
  • Portal Rasmi
  • KWSP
  • Isu Semasa
  • Techcentral
  • Bantuan
  • Agama
  • Diabetes
  • Tempat Menarik
  • KL Summit
Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2021
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • ptdm41
  • rv
  • Term & Condition

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
  • 0shares
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger