Dua skim pembiayaan baharu telah diperkenalkan oleh Bank Rakyat untuk golongan usahawan profesional dan perniagaan koperasi sektor pendidikan serta masjid iaitu BR ProNiaga dan BRKOP Lestari.
Tujuan BR ProNiaga diwujudkan bagi membantu golongan profesional yang terjejas pekerjaan berikutan COVID-19 dan telah memulakan perniagaan sendiri.
Manakala tujuan BRKOP Lestari pula adalah pembiayaan eksklusif untuk koperasi dari sektor pendidikan dan koperasi masjid.
Baca juga:
- Bajet 2023 Di Jangka Lebih Mengembang
- Yayasan Sime Darby Tawaran Biasiswa Untuk Pelajar Ijazah Sarjana Muda
Kategori Bantuan:
1. BRP ProNiaga:
Pinjaman yang ditawarkan termasuk tempoh moratorium selama 6 bulan.
- Usahawan Mikro: Pembiayaan RM10,000 hingga RM50,000.
- Usahawan Profesional: Pembiayaan sehingga RM150,000.
2. BRKOP Lestari:
Pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM100,000 dengan tempoh moratorium selama 6 bulan.
Cara Permohonan:
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Sila kunjungi cawangan Bank Rakyat yang berdekatan.
Langkah 2: Rujuk pegawai bank berurusan.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454.