Home » Bantuan » Cara Mohon Skim Pembiayaan Program TemanNita TEKUN

Cara Mohon Skim Pembiayaan Program TemanNita TEKUN

Skim Pembiayaan Program TemanNita

Inisiatif ini adalah bagi memberi lebih banyak peluang kepada kaum wanita untuk mendapat manfaat pembangunan kapasiti dalam bidang keusahawanan terutamanya bagi membantu wanita yang terkesan menjana pendapatan dalam keadaan pandemik ini.

Apakah TemanNita?

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Skim Pembiayaan Program TemanNita adalah pembiayaan mikro yang digunakan untuk membiayai secara berkumpulan khusus untuk kaum wanita .

Ia bertujuan membantu usahawan wanita bumiputera mendapatkan pembiayaan secara berkumpulan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan serta membantu dan membimbing usahawan melalui pembentukan sistem sokongan.

Baca juga: Permohonan Skim Pembiayaan Tanpa Faedah, Moratorium 12 Bulan Semarak Niaga

Kelebihan Program

Kelebihan dan perbezaan Program TemanNita adalah seperti dibawah:

  1. Caj perkhidmatan yang terendah 4% setahun dikalangan Institusi Mikro Kredit di Malaysia.
  2. Ahli khusus untuk wanita sahaja.
  3. Perjumpaan mingguan dibuat dilokasi yang berdekatan dengan tempat perniagaan dan dalam tempoh yang singkat.

Jenis Pembiayaan Yang Ditawarkan

Jenis pembiayaan yang ditawarkan di bawah program ini adalah seperti berikut:

  • Pembiayaan Pertama dari RM1,000 Sehingga RM10,000
  • Pembiayaan Kedua RM1,000 sehingga RM20,000

Pembiayaan Program TemanNita dikenakan caj pengurusan sebanyak 4% setahun &  5% setahun untuk simpanan / tabungan peminjam.

Proses kelulusan adalah dalam tempoh 14 hari bekerja.

Syarat-syarat

  1. Bumiputera sahaja.
  2. Wanita yang mempunyai perniagaan sah sahaja.
  3. Semua jenis perniagaan yang sah disisi undang-undang dan mengikut syariah.
  4. TemanNita wajib hadir ke perjumpaan mingguan dan membuat bayaran pembiayaan setiap minggu*
  5. Perjumpaan secara mingguan dan di dalam kes tertentu dibenarkan minima hadir 2 kali dalam sebulan dengan persetujuan pihak TEKUN.
  6. Bayaran balik setiap minggu, dua minggu sekali & sebulan sekali DIBENARKAN tanpa pengurangan jumlah bayaran balik yang telah ditetapkan di dalam Perjanjian Pembiayaan.
  7. Jumlah dan tempoh pembiayaan adalah sama bagi setiap ahli kumpulan.
  8. Penyelesaian awal pembiayaan bagi mana mana ahli / kumpulan dibenarkan selepas 6 bulan dari tarikh permohonan terdahulu diluluskan.
  9. Sekiranya ahli meninggal dunia, membuat penyelesaian awal, berpindah dan lain-lain, tidak perlu membuat penggantian ahli kumpulan.
  10. Semua ahli kumpulan ( 5 orang ) dibenarkan membuat pembiayaan serentak tanpa menunggu prestasi ahli lain kerana semua sudah menjalankan perniagaan.
  11. Proses kelulusan yang cepat di dalam tempoh 14 hari bekerja

(*di dalam kes tertentu / tidak dapat dielakkan ahli dibenarkan hadir ke perjumpaan minima 2 kali dalam tempoh sebulan dan bayaran balik dibuat mengikut perjanjian pembiayaan yang dipersetujui. Tertakluk kepada kelulusan dari pihak TEKUN Nasional)

Cara Permohonan

Permohonan boleh dipohon melalui 2 kaedah diabwah:

1. Pejabat cawangan berhampiran.

2. Secara dalam talian ( https://tekunfin.tekun.gov.my/login ).

  • Talian HOTLINE TEKUN Nasional: 03-9059 8888.

Baca juga: MyKasih Kapital: Mohon Modal Perniagaan Untuk Wanita RM1,000

Maklumat Lanjut

Penafian – Semua yang portalamalaysia kongsikan diatas merupakan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Cara Mohon Skim Pembiayaan Program TemanNita TEKUN” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes