Home » Bantuan » Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan MARA Khas Wanita Sehingga RM50K

Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan MARA Khas Wanita Sehingga RM50K

Berita gembira bagi usahawan diluar sana yang memerlukan bantuan pembiayaan perniagaan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah mengadakan satu program iaitu Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNita) dan telah mengajak usahawan wanita diluar sana untuk memohon program ini.

Bagi pemohon yang layak bagi DanaNita ini bakal menerima pembiayaan perniagaan sebanyak sehingga RM50,000. Program ini diwujudkan bertujuan untuk:

  1. Memperbanyakkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah
  2. Pembiayaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan mereka

Sehingga kini, untuk tahun 2021 seramai 100 usahawan wanita telah menerima manfaat skim DanaNITA ini melibatkan peruntukan sebanyak lebih RM3 juta.

Kami dari Portal Malaysia ingin berkongsi Skim DanaNita dengan anda semua.

Baca Juga : Rumah Mampu Milik B40 2021, Permohonan Kini Dibuka!

Skop Pembiayaan

Terdapat 2 skop pembiayaan menerusi skim DanaNITA seperti berikut:

  1. Modal Pusingan perniagaan
  2. Pembelian Mesin dan Peralatan berniaga

Tempoh Pembiayaan & Kadar Keuntungan

Tempoh pembiayaan bagi skim DanaNITA ini adalah daripada 1 sehingga 10 tahun atau 12 hingga 120 bulan.

Kadar keuntungan yang telah ditetapkan menerusi skim ini pula adalah sebanyak 4%.

Jaminan/Cagaran

Bagi anda yang ingin memohon skim DanaNITA ini, mereka perlu mempunyai jaminan atau cagaran iaitu:

  1. Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon; atau
  2. Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon; atau
  3. Gabungan kedua-duanya sekali; atau
  4. Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan melalui skim DanaNITA ialah seperti berikut:

  1. Warganegara dan Bumiputera Malaysia sahaja.
  2. Hendaklah berumur 18 hingga 60 tahun.
  3. Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang ingin diceburi.
  4. Telah daftar Perniagaan anda dengan sah dengan SSM.
  5. Mempunyai premis perniagaan sendiri (kecuali perniagaan online).
  6. Harus mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  7. Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
  8. Perniagaan anda telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan.
  9. Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh 6 bulan terkini.
  10. Perniagaan harus patuh Syariah.
  11. Wajib bebas dari senarai hitam MARA.

Baca Juga : Tarikh Pembayaran i-Sinar Jun 2021. Semak Sekarang!

Cara Memohon

Bagi membuat permohonan DanaNITA, boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Sila layari laman web ini http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx. 
  2. Boleh klik bahagian ‘Daftar pengguna baharu.’
  3. Sila isi maklumat yang diperlukan dan klik pada ‘Daftar.’
  4. Sila log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan anda.
  5. Buat permohonan dan hantar permohonan anda
  6. Sila cetak salinan permohonan
  7. Boleh hantar salinan permohonan dan dokumen sokongan ke pejabat MARA daerah yang berhampiran dengan anda.

Dokumen Sokongan

Semua dokumen sokongan yang diperlukan boleh dirujuk melalui pautan yang disediakan ini http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/documentation/senarai_semak_pembiayaan.pdf. 

Sila sediakan semua dokumen sokongan sebanyak 3 salinan semuanya.

Maklumat Lanjut

Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai DanaNITA MARA ini, boleh hantar email ke alamat [email protected]

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan diatas merupakan panduan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan MARA Khas Wanita Sehingga RM50K” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!