Untuk Maklumat anda DanaNITA ialah Skim Pembiayaan Perniagaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan.
Bagi pemohon yang layak bagi DanaNita ini bakal menerima pembiayaan perniagaan sebanyak sehingga RM50,000.
Tempoh Pembiayaan & Kadar Keuntungan
Tempoh pembiayaan bagi skim DanaNITA ini adalah daripada 1 sehingga 10 tahun atau 12 hingga 120 bulan.
Kadar keuntungan yang telah ditetapkan menerusi skim ini pula adalah sebanyak 4%.
Jaminan/Cagaran
Bagi anda yang ingin memohon skim DanaNITA ini, mereka perlu mempunyai jaminan atau cagaran iaitu:
- Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon; atau
- Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon; atau
- Gabungan kedua-duanya sekali; atau
- Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan.
Syarat Kelayakan
- Warganegara dan Bumiputera Malaysia sahaja.
- Hendaklah berumur 18 hingga 60 tahun.
- Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang ingin diceburi.
- Telah daftar Perniagaan anda dengan sah dengan SSM.
- Mempunyai premis perniagaan sendiri (kecuali perniagaan online).
- Harus mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
- Perniagaan anda telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan.
- Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh 6 bulan terkini.
- Perniagaan harus patuh Syariah.
- Wajib bebas dari senarai hitam MARA.
Dokumen Sokongan
Semua dokumen sokongan melalui pautan yang disediakan ini >> http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/documentation/senarai_semak_pembiayaan.pdf.
Baca Juga : Skim Pembiayaan Program TemanNita TEKUN Khas Untuk Usahawan Wanita
Cara Memohon
Bagi membuat permohonan DanaNITA, boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut:
- Boleh layari laman web ini >> http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx.
- Boleh klik bahagian ‘Daftar pengguna baharu.’
- Sila isi maklumat yang diperlukan dan klik pada ‘Daftar.’
- Sila log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan anda.
- Buat permohonan dan hantar permohonan anda
- Sila cetak salinan permohonan
- Boleh hantar salinan permohonan dan dokumen sokongan ke pejabat MARA daerah yang berhampiran dengan anda.
Maklumat Lanjut
Bagi sebarang pertanyaan, email ke alamat [email protected]