Home » Bantuan » Skim Pembiayaan Komputer & Telefon Pintar Kerajaan

Skim Pembiayaan Komputer & Telefon Pintar Kerajaan

SKIM PINJAMAN KOMPUTER KERAJAAN (SEKTOR AWAM)

Tahukah anda, bagi penjawat awam anda boleh memohon Kemudahan Pembiayaan Komputer Dan Telefon Pintar (Smartphones) bagi memenuhi keperluan diri atau keluarga anda.

Pegawai Perkhidmatan Awam yang sedang berkhidmat, dilantik secara tetap & telah disahkan dalam perkhidmatan layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan ini.

Portal Malaysia ingin berkongsi lebih lanjut tentang Skim Pinjaman Komputer dan Telefon Pintar Penjawat awam untuk makluman bersama.

Apakah Skim Pinjaman Komputer & Telefon Pintar Kerajaan?

  1. Pembelian komputer adalah pembelian komputer baharu termasuk perkakasan dan perisiannya.
  2. Begitu juga dengan Pembelian telefon pintar (Smartphones) yang dibenarkan adalah pembelian telefon pintar (Smartphones) baharu termasuk perkakasan tambahan.
  3. Pegawai Perkhidmatan Awam yang sedang berkhidmat, dilantik secara tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan ini.

Baca juga: Bantuan JKM: Cara Pendaftaran, Semakan & Kategori Kelayakan OKU 2021

Syarat-syarat

  1. Jumlah ansuran potongan bulanan tidak melebihi 1/3 dari gaji pokok
  2. Jumlah potongan termasuk potongan bagi pembiayaan komputer tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok dan elaun bulanan

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Had kelayakan Maksimum Skim Pinjaman Komputer Kerajaan

Berapakah had kelayakan maksimum bagi pinjaman komputer dan telefon pintar (smartphones)?

Amaun pembiayaan maksimum adalah sebanyak RM5,000.00 dan akan dikira kepada angka ratusan ringgit yang kurang.

Misalnya, harga komputer :-

  1. Jika RM4,888 – pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM4,800.
  2. Jika RM5,199 – pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM5,000.

Tempoh Bayaran Balik Skim Pinjaman Komputer Kerajaan

Tempoh bayaran balik maksima yang dibenarkan adalah 48 bulan.

Cara Pembayaran Balik Skim Pinjaman Komputer Kerajaan

  1. Pembayaran pinjaman dibuat dengan potongan gaji anda.
  2. Pemberhentian potongan gaji adalah secara automatik mengikut tempoh perjanjian anda.
  3. Sekiranya potongan gaji peminjam masih berjalan selepas tamat tempoh pinjaman, peminjam perlu memaklumkan kepada Bahagian Akaun Kementerian peminjam untuk tindakan pemberhentian potongan gaji.
  4. Setelah pemberhentian berjaya dilakukan, peminjam perlu mengemukakan salinan slip gaji potongan terlebih potong dan slip gaji terkini kepada Bahagian Kewangan untuk tujuan pulangan balik bayaran pinjaman.

Baca juga: eGUMIS ANM : Semakan Wang Tidak Dituntut Login Online

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk MyGovernment

Penafian – Semua artikel portalamalaysia kongsikan diatas merupakan tutorial dan rujukan yang berkaitan dengan “Skim Pembiayaan Komputer & Telefon Pintar Kerajaan” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!