Baca juga:
Tarikh Permohonan Dibuka:
Permohonan SPH boleh dibuat sehingga 11 April 2022.
Bidang Dan Tempat Pengajian:
Berikut merupakan bidang dan tempat pengajian yang ditawarkan:
1) Luar Negara:
Bidang Pengajian:
- Pengajian Islam.
- Qiraat.
- Sastera.
- Perubatan.
Tempat Pengajian:
- Universiti Mu’tah, Jordan.
- Universiti Al-Balqa, Jordan.
- Universiti Al-Hashemite, Jordan.
- Universiti Amman, Jordan.
- Universiti Jordan, Amman, Jordan.
- Universiti Al-Bayt, Jordan.
- Universiti Yarmouk, Jordan.
- Universiti WISE, Jordan.
- Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir.
- Universiti Al-Azhar, Mesir.
- Maahad Qiraat Mansoura, Mesir.
- Universiti Thanta, Mesir.
- Institut Agama Islam Negeri Alauddin, Makassar, Indonesia.
- Institut Agama Islam Negeri Antasari, Bandjarmasin, Indonesia.
- Institut Agama Islam Negeri Imam Bondjol, Padang, Indonesia.
- Institut Agama Islam Negeri Raden Fatah, Palembang, Indonesia.
- Institut Agama Islam Negeri Sunan Kalidjaga, Indonesia.
- Institut Agama Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Indonesia.
- Institut Agama Islam Negeri Thaha Sjaifuddin Djambi, Indonesia.
- Institut Agama Islam Negeri Wali Songo, Semarang, Indonesia.
- Institut Agama Islam Raden Intan, Lampung, Indonesia.
- Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh, Indonesia.
- Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau, Indonesia.
- Universitas Islam Negeri Sumatera Utara, Medan, Indonesia.
- Universitas Islam Negeri Sunan Ampel, Surabaya, Indonesia.
2) Dalam Negara:
Bidang Pengajian:
- Pengajian Islam.
- Qiraat.
- Sastera.
- Sains.
- Kejuruteraan.
- Teknologi.
- Perubatan.
- Pergigian.
- Farmasi.
- Optometri.
- Undang-Undang.
- Ekonomi/ Akaun.
Tempat Pengajian:
- Semua Universiti Awam (UA) yang diiktiraf oleh kerajaan.
Syarat Permohonan:
Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:
- Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan tidak melebihi 30 tahun bagi peringkat Ijazah Lanjutan.
- Pemohon mestilah tidak menerima apa-apa tajaan atau biasiswa daripada mana-mana agensi.
- Pemohon yang menerima pinjaman seperti PTPTN atau mana-mana agensi pinjaman pendidikan adalah layak memohon. Pemohon yang menerima pinjaman perlu menamatkan pinjaman sekiranya ditawarkan SPH.
- Baki pengajian pemohon mestilah tidak kurang dari 2 semester atau setahun dari tempoh tamat pengajian.
- Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran kemasukan pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi.
- Pemohon yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di semester 2 dan ke atas adalah layak untuk memohon biasiswa SPH.
Syarat Akedemik:
Berikut adalah syarat akedemik yang telah ditetapkan:
- Pengajian Ijazah Sarjana Muda.
- Mempunyai Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM/Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA PNGK 3.0 ke atas.
- Mempunyai Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas/STM Pangkat Jayyid /Sijil Tahfiz Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama JAKIM Pangkat Jayyid.
- SPM 5 Kepujian/STPM 2 Prinsipal B (Syariah, Usuluddin, dan Bahasa Arab)/STAM Pangkat Jayyid.
- Pengajian Ijazah Sarjana Muda (tahun 2 dan ke atas).
- PNGK tahun pertama 3.3 ke atas.
- Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 2.75 ke atas/Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA/Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas/STM Pangkat Jayyid.
- Pengajian Ijazah Sarjana/Ph.D (Pengajian dalam negara sahaja).
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian).
- Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 2.75 ke atas/Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA/Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas/STM Pangkat Jayyid.
Cara Permohonan:
Berikut adalah langkah-langkah permohonan:
Langkah 1: Layari laman web Skim Pembiayaan Hafiz.
Langkah 2: Klik butang ‘Mohon Sekarang.’
Langkah 3: Klik butang ‘Daftar Akaun Pemohon.’
Langkah 4: Baca syarat-syarat permohonan dan klik butang ‘Setuju.’
Langkah 5: Isi maklumat pemohon dan klik butang ‘Daftar.’
Langkah 6: Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
Langkah 7: Isi maklumat diri dengan lengkap dan betul.
Langkah 8: Muat naik dokumen sokongan.
Langkah 9: Setelah selesai, cetak “Slip Pengesahan Permohonan SPH” sebagai bukti bahawa permohonan telah dibuat.
Dokumen Sokongan:
Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa permohonan:
- 1 Keping Gambar Terkini Berukuran Passport.
- 1 Salinan Kad Pengenalan.
- 1 Salinan Sijil-sijil akademik:
- Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM/Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA/Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM/Sijil Tahfiz Malaysia/Sijil Tahfiz Kementerian dengan kerjasama JAKIM.
- Sijil Pelajaran Malaysia.
- Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/ Sijil Tinggi Agama Malaysia.
- 1 Salinan Transkrip Pensijilan/ Diploma/ Ijazah/ Sarjana.
- 1 Salinan Surat Tawaran Pengajian.
- 1 Surat Akuan Pengajian / Surat Pengesahan Pengajian dan Salinan Keputusan Peperiksaan semasa (bagi permohonan di tahun dua dan ke atas).
- 1 Salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga/tanggungan.
- 1 Slip gaji ibu/bapa/penjaga atau Salinan Surat Pengesahan Pendapatan (bagi mereka yang bekerja sendiri); dan
- Sijil-Sijil Ko-Kurikulum.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Skim Pembiayaan Hafiz atau hubungi Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM di talian 03-8870 7149 / 7141 / 7142 / 7145.