Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).
Senarai yang berstatus aktif dan penerima BKM bagi tahun 2022 adalah layak secara automatik untuk menerima PeKa B40 untuk tahun 2023.
Saringan kesihatan PERCUMA buat mereka yang layak masih boleh dilakukan di klinik-klinik terpilih di seluruh Malaysia.
Fakta PeKa B40
- Beban Penyakit Tidak Berjangkit
- 47.6% kumpulan B40 berumur 40 tahun dan ke atas menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit yang belum didiagnosis.
- Kesihatan Mental
- 3 daripada 10 orang dewasa menderita masalah kesihatan mental. Kumpulan B40 mencatat kadar yang lebih tinggi, iaitu 32% berbanding 28% bagi kumpulan bukan B40.
- Beban Kanser
- Kes kanser semakin meningkat. Lebih membimbangkan lagi apabila 60% dikesan pada peringkat lewat, di mana peluang untuk sembuh adalah lebih rendah
- Rawatan Kanser
- Ramai pesakit tidak melengkapkan rawatan kanser dan hanya kembali semula ke hospital apabila sudah tenat. Ini menipiskan peluang sembuh dan meningkatkan kos rawatan.
- Kos Alat Perubatan
- Walaupun rawatan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diberi subsidi yang tinggi daripada Kerajaan, sebahagian kos alat perubatan masih perlu ditanggung oleh pesakit seperti kos untuk perentak jantung, implan untuk tulang belakang, dan sebagainya. Ini menambah beban kewangan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
- Masalah Pengangkutan
- Ramai pesakit yang kurang berkemampuan, terutamanya di kawasan pedalaman, tidak meneruskan rawatan akibat kekangan kewangan untuk membayar tambang pengangkutan.
Baca Juga: Percuma Simpanan RM100 Setiap Kelahiran Bayi 2023
Manfaat PeKa B40
Syarat Kelayakan
Ia adalah percuma kepada penerima yang layak.
Kelayakan adalah berdasarkan kriteria berikut:
- Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022
- Berumur 40 tahun dan ke atas.
- Penyertaan adalah secara automatik dan tiada pendaftaran diperlukan.
Sila semak kelayakan anda disin>> https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan
Baca Juga: Bantuan RM500 Untuk Rakyat Malaysia
Temujanji MySejahtera
Bagi yang layak tu, anda boleh terus buat temujanji untuk membuat saringan melalui MySejahtera.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut lsila ayari website PeKa B40 di >> https://protecthealth.com.my/peka-b40/ atau hubungi talian +603-8687 2525.