Skim MPPK 2.0 Kini Dibuka Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil


Bank Rakyat kini meneruskan Program Pembiayaan Mikro-i untuk Penjaja dan Peniaga Kecil (MPPK 2.0), khas untuk usahawan yang menjalankan perniagaan secara dalam talian.

Skim ini mula diperkenalkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2022 di mana inisiatif pembiayaan ini bertujuan untuk menyokong kesinambungan perniagaan yang baru muncul daripada krisis COVID.

Tujuan bantuan ini adalah untuk membantu usahawan Mikro dan Informal dalam mengekalkan kelangsungan operasi perniagaan supaya dapat berdaya saing semasa Pandemik COVID-19.

Baca juga:

Perincian Bantuan:


Berikut adalah kelebihan skim pembiayaan:

Saiz Pembiayaan : RM1,000 – RM10,000

Tempoh Pembiayaan : Sehingga 5 tahun

Moratorium : Sehingga 1 tahun (12 bulan)

Kadar Keuntungan : 0%

Syarat Kelayakan:


Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur 18 – 60 tahun.
  3. Permohonan terbuka kepada individu.
  4. Pemohon mestilah seorang penjaja atau peniaga kecil yang menjalankan perniagaan dalam talian
  5. Pemohon mestilah mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  6. Bagi pelanggan informal, surat pengesahan berniaga daripada ketua komuniti perlu diperolehi.
  7. Aktiviti perniagaan mestilah patuh Shariah.

Cara Permohonan:


Untuk memohon, sila hubungi Bank Rakyat di 1-300-80-5454 atau [email protected] atau kunjungi Laman Khas Bank Rakyat

Maklumat Lanjut:


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Bank Rakyat




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3