Pemohon yang layak akan menerima manfaat baucar beli-belah RM 100 di pasaraya terpilih setiap tahun seumur hidup dan juga khairat kematian RM 500 sekiranya mereka meninggal dunia.
Namun begitu, memandangkan nama Skim Mesra Usia Emas sering disinonimkan sebagai skim untuk warga emas walaupun ia turut dibuka untuk golongan OKU, maka ada keperluan agar nama program disesuaikan mengikut golongan sasar. Oleh yang demikian, berkuatkuasa 1 Januari 2023, Skim Mesra akan menjadi nama utama bagi program ini dimana kategori program untuk golongan warga emas akan dikenali sebagai Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan bagi golongan OKU pula akan dikenali sebagai Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).
Selain itu, bermula tahun 2023 juga, ahli boleh mengambil baucar di pejabat Pusat Khidmat DUN atau kaunter yang ditetapkan sepanjang tahun tanpa perlu menunggu bulan kelahiran mereka seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Cara Mohon
Permohonan boleh dibuat dengan muat turun borang permohonan seperti dibawah:
https://e-mesra.yawas.my/mesra/borang/borangSMUE2023.pdf
Permohonan secara atas talian:
https://smue.yawas.my/admin/online_semakan_kp.php
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia; DAN.
- Berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
- Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
- Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
- Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
Semakan Permohonan
Jika anda telah membuat permohonan, anda boleh membuat semakan keputusan pada pautan berikut:
https://smue.yawas.my/admin/online_semakan.php