Tawaran Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) Dibuka Sehingga 30 April 2022


Sukacita dimaklumkan bahawa KBS akan membuat Penawaran Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) kepada atlet yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Tawaran Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) hanya bagi pelajar sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara bagi bidang pengajian yang diiktiraf oleh Malaysia Qualification Agency (MQA).

Tujuannya adalah untuk membantu altet-altet negara yang berminat atau sedang menyambung pengajian sambil bergiat aktif dan meneruskan prestasi dalam bidang sukan yang diceburi untuk terus mencurah bakti dalam bidang kesukanan.

Baca juga:

Tarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan dibuka mulai 15 april sehingga 30 April 2022.

Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syaratnya:

Syarat 1: Terbuka kepada atlet yang akan/sedang menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia dan masih bergiat aktif dalam bidang sukan, sekurang-kurangnya mewakili IPT Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) atau mewakili Negeri dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf.

Syarat 2: Umur pemohon pada 31 Disember 2022 adalah seperti berikut:

  • tidak melebihi 25 tahun bagi pengajian peringkat Diploma secara sepenuh masa.
  • tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama secara sepenuh masa.

Syarat 3: Telah mendapat surat tawaran pengajian bagi pelajar baharu pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pertama mengikut tempoh pengajian yang ditawarkan oleh IPT berkenaan.Sekiranya sedang mengikuti pengajian, pemohon perlulah:

  • Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi Atlet IPT atau PNGK 2.00 bagi Atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan; dan
  • Memiliki tempoh baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun akademik (2 atau 3 semester mengikut sistem kalendar akademik IPT berkenaan) atau lebih yang bukan dalam tempoh pelanjutan.

Syarat 4: IPT tempatan sahaja serta bidang pengajian yang mempunyai pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia/Malaysia Qualification Agency.

Syarat 5: Tidak menerima sebarang tajaan/biasiswa daripada mana-mana institusi/agensi kerajaan/swasta yang lain.

Syarat 6: Sihat daripada segi mental dan fizikal.

Syarat 7: Berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.

Syarat 8: Pemohon hendaklah bersedia untuk terus giat dalam latihan dan pertandingan-pertandingan sukan pilihannya dan mengekalkan prestasi sepanjang tempoh pengajiannya sebagai syarat menerima biasiswa ini serta dikehendaki mewakili negara dalam mana-mana pertandingan di peringkat Kebangsaan/Antarabangsa sekiranya diperlukan.

Syarat 9: Atlet Negara yang memohon biasiswa ini perlu melampirkan surat pengesahan daripada Majlis Sukan Negara.

Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang SBSP.

Langkah 2: Pilih e-Bantuan.

Langkah 3: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 4: Klik Hantar.


Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal SBSP atau hubungi di talian 03-8871 3548/3546.

Penafian – Bahan yang admin kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan rujukan yang related dengan “Tawaran Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) Dibuka Sehingga 30 April 2022” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia