Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2022 anjuran Program Pembangunan Pendidikan Bahagian Agihan Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak kini dibuka.
Permohonan ini melibatkan kemasukan ke Tingkatan 4 dan 5 sesi persekolahan tahun 2022.
Tujuan Skim bantuan ini diwujudkan adalah bagi membantu pelajar berpotensi dari golongan yang memerlukan dengan memberi biasiswa tahunan, berpeluang mengikuti tuisyen tajaan dan berpeluang menyertai program-program kecemerlangan anjuran MAIPk.
Baca juga:
- Mohon Hadiah Insentif RM1,000 Untuk Pelajar Masuk IPT HPIPT 2022
- Mohon Bantuan Automotif 2022 Keluarga Malaysia
Senarai Kandungan
Tarikh Permohonan Dibuka:
Permohonan dibuka bermula 21 Mac 2022 sehingga 15 April 2022.
Syarat Permohonan:
Berikut adalah syarat-syarat permohonan:
- Pemohon mestilah beragama Islam.
- Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah bermastautin di Negeri Perak.
- Pemohon mestilah berpendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah(had kecukupan).
- Permohonan hanya terbuka kepada pelajar tingkatan 1, 4 dan 5 sahaja.
- Pemohon mestilah aktif dalam penglibatan Kokurikulum.
- Pemohon mestilah tergolong dalam Asnaf Fakir / Miskin (tertakluk had kifayah).
- Pemohon mesttilah tidak menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)atau bantuan daripada mana-mana pihak /agensi.
- Lain-lain syarat.
Cara Permohonan:
Berikut adalah cara-cara permohonan:
Langkah 1: Layari laman sesawang MAIPk.
Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 3: Sertakan dokumen sokongan.
Langkah 4: Hantar ke alamat:
Unit Pembangunan Pendidikan,
Bahagian Agihan Zakat
Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Dokumen sokongan:
- 1 Salinan kad pengenalan pemohon.
- 1 Salinan kad pengenalan ibu bapa.
- 1 Salinan Slip gaji / pengesahan pendapatan ibu bapa.
- 1 Salinan keputusan Akhir Tahun 2021 yang telah disahkan pihak sekolah.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Zakat Perak sesawang atau hubungi di talian 019-5711383 (Unit Pendidikan, MAIPk).