Skim Bantuan Pendaftaran IPT 2022 YPJ


Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran ke IPT/IPS 2022 Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah dibuka. Jom Mohon segera!


Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT YPJ

Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) ini adalah initiatif Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan juga merupakan AGENDA 12 JOHOR BERKEBAJIKAN yang mempunyai objektif membantu mengurangkan beban kewangan pelajar bagi meneruskan pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutama bagi mereka yang baru mendaftar. Sasaran Kerajaan Negeri Johor terhadap SBP ialah seramai 1,700 mahasiswa Johor daripada keluarga yang berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Kadar Bantuan

  • Diploma RM500
  • Ijazah Sarjana Muda RM1000

Tarikh Mohon

Pemohon boleh membuat permohonan bermula 28 Ogos sehingga 25 September 2022

Syarat Permohonan

  1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor;
  2. Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan Kolej YPJ;
  3. Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi;
  4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;
  5. Pendapatan Ibu DAN bapa /penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
  6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
  7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain;
  8. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar YPJ.

Cara Permohonan

  1. Layari laman web pautan https://portal.ypj.gov.my/skim-bantuan-pendaftaran-sbp/ atau imbas di QRCODE sepertimana yang tertera di poster
  2. Klik bahagian ‘Permohonan Pra Pendaftaran.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Daftar Pra Permohonan.’
  4. Log masuk dengan memasukkan ID dan kata laluan.
  5. Isi maklumat yang diperlukan.
  6. Cetak borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan.
  7. Masukkan kesemua dokumen sokongan kedalam sampul surat bewarna coklat bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
  8. Tuliskan Jenis Permohonan di penjuru atas kanan jenis permohonan yang di pohon, sama ada “Pinjaman Pelajaran” atau “Skim Bantuan Pendaftaran (SBP)”
  9. Masuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ (bagi yang memilih kaedah serahan tangan). Bagi yang memilih kaedah Pos, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number dan dihantar ke alamat berikut:

Yayasan Pelajaran Johor,
No. 15, Bangunan YPJ Jalan Nuri,
Larkin Jaya, Kg Dato’ Onn Jaafar,
Karung Berkunci 711,
80990 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.


NOTA: TIADA BORANG DISEDIAKAN DI KAUNTER YPJ

DOKUMEN WAJIB

  1. Slip Pengesahan Permohonan “Skim Bantuan Pendaftaran”
  2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
  4. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN/PENYATA PENCEN)
  5. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA
  6. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  7. Salinan Akaun Bank Pemohon sahaja (Salinan Resit Pembayaran Tidak Diterima)
  8. Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar)
  9. Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.
  10. Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya

Cara Menghantar Dokumen Permohonan Dan Sokongan

A) KAEDAH SERAHAN TANGAN DI KAUNTER YPJ

  • Susun dokumen permohonan mengikut turutan “DOKUMEN WAJIB”.
  • Semakan awal di kaunter sama ada dokumen lengkap atau tidak. Jika tidak lengkap, set dokumen dipulangkan.

B) KAEDAH POS


  • Susun dokumen permohonan mengikut turutan “DOKUMEN WAJIB”.
  • Masukkan kesemua dokumen sokongan ke dalam sampul surat berwarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
  • Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang di pohon, sama ada “PINJAMAN PELAJARAN” ATAU “SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)”.
  • Dokumen yang telah dimasukkan ke dalam sampul surat tersebut, boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai “tracking number”.
  • Semakan dalam sistem “tracking” sama ada dokumen telah diterima dalam tempoh 7 hari.
    Maklumat Lanjut
  • Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran ke IPT/IPS 2022 Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) , anda boleh menghubungi

Baca Juga: Bantuan Subsidi Yuran Taska RM100 

Maklumat Lanjut

HUBUNGI KAMI

No. 15, Bangunan YPJ Jalan Nuri, Larkin Jaya Kg Dato’ Onn Jaafar Karung Berkunci 711 80990 Johor Bahru Johor Tel: 07-2344355 Fak:07-2344434

Email : [email protected]


Website : ypj.gov.my

APLIKASI WHATSAPP

Pertanyaan Am: 013-7597 355 / 013-7791 355 Aduan Pelanggan: 013-7411 355 Bantuan Pendidikan: 013-7217 355 / 013-7290 355 Bayaran Balik Pinjaman: 011-1147 9753 / 011-1148 9753 / 018-8749 753




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3