Berita Baik! Salah satu skim bantuan yang ditawarkan MAIWP ialah Skim Bantuan Deposit Sewa Rumah & Sewa Rumah Bulanan yang bertujuan untuk membantu asnaf menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna dengan mendiami rumah yang selamat dan selesa.
Senarai Kandungan
Asnaf Yang Terlibat
Terdapat 3 kategori asnaf yang layak memohon skim bantuan ini iaitu:
- Fakir
- Miskin
- Mualaf
Baca juga: Pembiayaan Perumahan Inovatif PR1MA 2022 Untuk Golongan Muda
Syarat Umum
- Pemohon mestilah beragama Islam
- Pemohon ialah warganegara Malaysia
- Pemohon bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang diperlukan bagi permohonan skim bantuan ini adalah seperti berikut:
- Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (perlulah menutup aurat bagi perempuan)
- Satu salinan kad pengenalan:
- Pemohon
- Suami
- Isteri
- Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja). Untuk anak angkat, perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
- Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO. Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
- Satu salinan surat tawaran menyewa rumah dari agensi berkaitan (contohnya: DBKL,Perbadanan Labuan,Perbadanan Putrajaya dan lain-lain).
- Satu salinan kad pengenalan pemilik rumah (permohonan sewaan individu).
- Satu salinan surat penjanjian sewaan (permohonan sewaan individu).
- Satu salinan penyata akaun/surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemilik rumah dan transaksi terakhir/terkini.
Dokumen Lain Yang Diperlukan
Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut sekiranya tergolong dalam kategori ini:
- Keluarga bercerai: Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahan masalah keluarga dari Bahagian
- Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
- Ahli keluarga telah meninggal dunia: Satu salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri.
- Saudara baru: Satu salinan kad memeluk Islam.
- Orang Kelainan Upaya: Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU).
- Pengidap sakit kronik: Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
- Sedang mengikuti pengajian di IPT: Satu salinan pengesahan pengajian/kad pelajar/surat tawaran belajar.
- Keluarga bermasalah: Satu salinan laporan polis/surat penjara.
- Muflis: Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi
Baca juga: Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan
Cara Memohon
Untuk memohon skim bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen sokongan.
- Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak MAIWP ditalian 013-851 3066/013-851 4066/017-851 6066 atau melayari laman web https://www.maiwp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.