Skim Agihan Bina Rumah untuk Guru KAFA di negeri Kedah telah dibuka, melalui Skim Pembiayaan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).
Skim ini khusus untuk guru KAFA yang mengajar dan menetap di Kedah sahaja.
Baca juga: Bantuan Yuran KAFA Untuk B40
Tempoh permohonan
Dibuka pada 1 Julai 2022 sehingga 22 Julai 2022.
Jenis pinjaman
- Skim pembiayaan ini dilakukan dengan kerjasama BIMB dan LZNK.
- LZNK membiayai 50% dari jumlah kos sebuah rumah iaitu RM 28,500.00 manakala bagi daerah Langkawi RM 31,500.00.
- Pembiayaan peribadi (pinjaman) dari pihak BIMB pula adalah 50% dari kos sebuah rumah.
- Kadar bayaran bulanan adalah antara RM200-RM300 sebulan dalam tempoh 10 tahun.
Syarat permohonan
Hanya calon yang memenuhi syarat-syarat berikut yang akan dipertimbangkan untuk skim pembiayaan ini:
- Warganegara Malaysia.
- Suami atau Isteri merupakan Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Negeri Kedah.
- Menetap/bermastautin di Negeri Kedah (sekurang-kurangnya 2 tahun).
- Berumur 25 tahun hingga 50 tahun dari tarikh permohonan.
- Pendapatan/elaun bulanan isi rumah tidak kurang dari RM 1,000.00 dan tidak melebihi RM 3,000.00.
- Bukan seorang penghutang penghakiman atau muflis.
- Memiliki keluasan tanah sekurang-kurangnya 1,500 kaki persegi dan selamat dibina.
Dokumen yang diperlukan
- Salinan kad pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan.
- Salinan sijil perkahwinan, sijil cerai/sijil kematian suami/isteri (jika berkenaan).
- Slip elaun Guru KAFA (3 bulan terkini).
- Slip gaji pasangan/pengesahan pendapatan.
- Surat pengesahan jawatan daripada Majikan.
- Penyata bank pengkreditan elaun (3 bulan terkini).
- Penyata pendapatan (Borang B/eBE/EA/EC) terkini atau Penyata KWSP terkini.
- Salinan geran tanah yang disahkan.
Permohonan
Bagi individu yang berminat, sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk memohon skim pembiayaan ini:
- Sila layari laman web https://www.zakatkedah.com.my/muat-turun.
- Di bahagian “Skim Agihan Bina Rumah” muat turun borang permohonan.
- Pastikan semua maklumat diisi.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang beserta dokumen ke Pejabat Zakat Daerah mengikut alamat pemohon.
Baca Juga: Guru KAFA Cuti Bersalin Dapat Elaun Penuh RM1,000
Maklumat Lanjut
Boleh layari Layari laman web https://www.zakatkedah.com.